ALOR SETAR: Seorang lelaki maut dipukul dengan sebatang besi oleh rakannya dipercayai akibat salah faham dalam pergaduhan di sebuah rumah di Jalan Kota Sarang Semut, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata mangsa berusia 30-an itu meninggal dunia beberapa jam selepas dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Menurut Ahmad Shukri, kejadian berlaku kira-kira jam 8.05 pagi di mana pihak polis menerima panggilan daripada orang awam tentang pergaduhan itu.
"Pergaduhan berpunca daripada salah faham di antara kedua-dua mereka dan mangsa telah dipukul menggunakan sebatang besi di bahagian kepala dan badan menyebabkan kecederaan parah.
"Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah dan meninggal dunia tengah hari jam lebih kurang 12 tengah hari," kata Ahmad Shukri.
Beliau memaklumkan tentang kejadian itu ketika mengikuti operasi sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Alor Setar Selatan, malam tadi.
Susulan kejadian, suspek berusia 30-an itu ditahan sejam kemudian di lokasi tidak jauh dari rumah itu.
Polis turut menemui sebatang besi yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.
Jelas Ahmad Shukri, hasil semakan rekod mendapati suspek dan mangsa sedang menjalani perintah sekatan di atas kesalahan jenayah.
Hasil ujian saringan air kencing suspek positif dadah jenis Methampetamine.
Kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman bermula 17 Februari hingga 20 Februari ini untuk membantu siasatan.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 18 2021

Seorang lelaki maut dipukul dengan sebatang besi oleh rakannya dipercayai akibat salah faham dalam pergaduhan di sebuah rumah di Jalan Kota Sarang Semut, Selasa lalu. -Gambar hiasan
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Lelaki maut dipukul rakan akibat salah faham
Hasil semakan rekod mendapati suspek dan mangsa sedang menjalani perintah sekatan di atas kesalahan jenayah.

Sering buat panggilan lucah, lelaki dipukul dua beranak hingga mati
Lelaki itu mengalami kecederaan parah di kaki, muka, kepala dan mulutnya.