KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja kedai makan maut manakala dua lagi rakannya parah selepas kenderaan yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas, dalam kejadian di Jalan Kampung Bukit Kolam, di sini, awal pagi Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa Muhammad Aziq Adam Abdul Raqib, 20, yang juga penumpang di hadapan disahkan maut di lokasi kejadian manakala dua rakannya masing-masing berusia 20 tahun dilaporkan cedera parah.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 5 pagi memaklumkan berlaku satu kemalangan di lokasi melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga FL yang terbabas sendiri.
Jelas beliau, siasatan awal mendapati mangsa bersama dua rakannya bertolak dari kedai makan Binjai Rendah hendak pulang ke rumah masing-masing kira-kira jam 3 pagi.
"Setibanya di lokasi iaitu lebih kurang jam 4 pagi, kenderaan dipandu rakan mangsa yang bekerja di sebuah kilang kayu dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing ke bahu jalan sebelah kiri arah menghala ke Ajil lalu melanggar sebatang pokok berhampiran.
"Akibat kejadian, kesemua mangsa yang berada dalam kenderaan berkenaan tersepit sebelum berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.
"Pemandu kereta dan penumpang belakang yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini bagi tujuan bedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Kes berkenaan disiasat mengikut 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 03 2021

Keadaan kereta dinaiki ketiga-tiga mangsa yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok berhampiran. -Foto ihsan PRDM

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Lelaki maut, dua rakan parah kereta terbabas rempuh pokok
Siasatan awal mendapati mangsa bersama dua rakannya bertolak dari kedai makan Binjai Rendah hendak pulang ke rumah masing-masing kira-kira jam 3 pagi.