Seorang lelaki maut manakala empat anggota keluarganya parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan lain dalam kemalangan di Kilometer 14 Jalan Kuala Lipis-Merapoh berhampiran Padang Tengku, Kuala Lipis petang semalam.
Kemalangan berlaku pukul 5 petang dan mangsa, Mohd Sofian Mat Daud, 37, berasal dari Seri Gombak, Selangor, mati empat jam selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis.
Isteri mangsa, Hazmi Adam, 37, dan bapanya, Adam Awang, 86, serta dua anak perempuannya, Puteri Batrisya Mohd Sofian,3, dan Puteri Balqis Mohd Sofian, 12, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh.
Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang DSP Mohamad Noor Yusuf Ali, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Iswara dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menuju ke Merapoh.
"Sebaik tiba di tempat kejadian kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan selepas terlanggar lopak air menyebabkannya kenderaanya terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Myvi (dari arah Merapoh ke Kuala Lipis)," katanya.
Akibat itu, pemandu Perodua Myvi itu, Tuan Mohd Khuzaie Tuan Rosli, 22, dan bapanya, Tuan Rosli Tuan Abdullah, 48, turut cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut, kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, ketika kejadian keadaan jalan licin berikutan hujan lebat dan siasatan turut mendapati pemandu Perodua Myvi tersebut tidak memiliki lesen memandu.
"Polis akan mengambil tindakan terhadap pemilik kereta Perodua Myvi kerana membenarkan individu tiada lesen memandu kenderaannya dan pada masa sama keterangan daripada mangsa serta saksi kejadian turut direkodkan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu dalam kes berasingan semalam, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) turut terbunuh selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang mahu memasuki simpang di Kilometer 130, Jalan Kuantan-Johor Bahru, berhampiran Jeti Tanjung Gemok, dekat Rompin.
Kemalangan pukul 2.40 petang itu menyebabkan mangsa, Ridwan Sabardan, 21, dari Kampung Pulau Lang Kiri, Kuala Rompin, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Mayat dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Bernama
Sat Dec 20 2014
Mangsa, Mohd Sofian Mat Daud, 37, berasal dari Seri Gombak, Selangor, mati empat jam selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis. - Gambar Fail
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Kanak-kanak perempuan cedera akibat digigit anjing peliharaan jiran
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam ketika kanak-kanak berumur 11 tahun itu sedang bermain di rumah jirannya.