Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.42 pagi sebelum menghantar pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, bomba mendapati sebuah kereta Perodua Myvi terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
"Seorang lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi telah mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Jurucakap JBPM Selangor berkata, mayat mangsa sedang dalam proses dikeluarkan dari kenderaan dan akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
