GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tebing batu bukit berhampiran Taman Jesselton dekat sini pada awal pagi Ahad.
Difahamkan, lelaki terbabit disyaki salah seorang daripada ahli Geng Rantau Dawai yang aktif dalam kegiatan jenayah samun dan pecah masuk kediaman elit di sekitar bandar ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, lelaki tanpa identiti dan bangsa yang tidak diketahui itu ditemui di hutan dipercayai terjatuh dari tebing batu bukit.
"Sebelum kejadian, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Sabtu, sepasukan polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Pasukan Gerakan Am dari Batalion 1 dan 18 telah menjalankan tugas Op Rantau Dawai di kawasan Taman Jesselton.
"Semasa melakukan rondaan di dalam hutan berhampiran, pasukan polis telah terserempak dengan tiga orang lelaki termasuk suspek dalam operasi terbabit kerana berada dalam keadaan mencurigakan.
"Polis kemudian telah meminta ketiga-tiga suspek terbabit supaya berhenti bagi membuat pemeriksaan, namun mereka terus melarikan diri ke arah yang tidak ketahui kerana keadaan di dalam hutan itu gelap," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, polis seterusnya telah menjalankan operasi pencarian di sekitar kawasan terbabit namun tidak menjumpai sebarang petunjuk.
"Bagaimanapun, kira-kira jam 4.45 pagi, Ahad, kita telah menjumpai seorang lelaki yang tidak pasti bangsanya dalam keadaan tertiarap dan tidak bergerak di lereng bukit dalam hutan berkenaan.
"Pemeriksaan lanjut terhadap mayat lelaki tersebut menemui sebuah beg galas yang terletak disebelahnya. Beg terbabit mengandungi beberapa keratan dawai berwarna hijau, beberapa peralatan seperti pemotong, pemutar skru dan sarung tangan yang disyaki digunakan untuk tujuan pecah rumah serta sebilah pisau pemotong daging.
"Polis bagaimanapun tidak menjumpai sebarang dokumen diri. Bantuan daripada Pasukan Forensik dan Unit K9 IPK Pulau Pinang juga gagal menemui sebarang petunjuk," jelasnya.
Kok Chin berkata, mayat suspek dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah kecederaan parah di kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi. Cap jari dan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa diambil untuk tujuan mengesan identiti.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Dalam pada itu, saya menasihati orang awam agar sentiasa peka dengan keadaan persekitaran dan sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mencegah daripada menjadi mangsa pecah rumah serta samun," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 05 2023
Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemui dalam keadaan tertiarap dan tidak bergerak di lereng bukit berhampiran Taman Jesselton pada awal pagi Ahad - Gambar hiasan
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Lelaki maut ketika lari daripada Operasi Rantau Dawai
Lelaki terbabit disyaki salah seorang daripada ahli Geng Rantau Dawai yang aktif dalam kegiatan jenayah samun dan pecah masuk kediaman elit.