LANGKAWI: Seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti mendaki bersama rakannya di Telaga Tujuh di sini, meninggal dunia selepas pengsan di kawasan itu pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa, Lim Tham Guan, 50-an disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas bantuan KKM berkaitan kes itu pada pukul 10.45 pagi.
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah terima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 khidmat khas menyelamat bantuan KKM mangsa pengsan di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi.
"Operasi disertai sepasukan anggota dari BBP Langkawi bersama pihak polis dan KKM.
"Setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat seorang lelaki lingkungan umur 50 an telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.
"Maklumat yang diterima daripada rakan mangsa menyatakan mereka melakukan aktiviti mendaki di lokasi berkenaan dan mangsa tiba-tiba pengsan serta tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohamadul Ehsan berkata, anggota di lokasi menggunakan pengusung bagi membawa turun mangsa ke bawah.
Beliau berkata, mangsa dibawa turun pada pukul 1.30 tengah hari.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Nov 12 2021
Anggota keselamatan membawa turun mayat mangsa Lim Tham Guan yang meninggal dunia semasa mendaki di Telaga Tujuh, Langkawi pada Jumaat. - Gambar ihsan BOMBA
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Lelaki maut ketika mendaki di Telaga Tujuh
Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa tiba-tiba pengsan serta tidak sedarkan diri semasa sedang mendaki.