SHAH ALAM: Seorang lelaki maut selepas lehernya tersepit pada pintu masuk sebuah bank dalam kejadian di Kota Kemuning dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 7.29 pagi berkaitan mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta terbaring di hadapan pintu masuk ke ruang mesin pengeluaran automatik (ATM) bank berkenaan.
"Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati mangsa dilihat berbaring di hadapan pintu masuk ke ruang mesin ATM dipercayai dalam keadaan mabuk pada jam 11.48 malam.
"Pada 12.01 tengah malam, pintu 'shutter' ruang mesin ATM itu tertutup secara automatik menyebabkan leher mangsa tersepit antara pintu shutter dan lantai sebelum ia terbuka (secara automatik) semula pada jam 6 pagi," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Mohd Iqbal berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Perubatan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
"Pemeriksaan dijalankan mendapati mangsa dianggarkan berumur lingkungan 50-an hingga 60-an serta tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri," katanya.
Menurutnya, siasatan dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul di talian 012-3630512," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 02 2024
Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes berkenaan dan ia diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - Gambar/ Sinar Harian
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Lelaki maut leher tersepit pintu bank
Seorang lelaki maut selepas lehernya tersepit pada pintu masuk sebuah bank dalam kejadian di Kota Kemuning pada Selasa.