KUNAK: Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbabas dan jatuh ke dalam sungai dengan ketinggian 4.5 meter di Jalan Tun Fuad, Ladang Sungang, di sini pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, Sanuddin Djidi, 43, yang memandu lori 10 tan itu disahkan meninggal dunia di lokasi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohammad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.33 pagi.
Katanya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 12 kilometer dari BBP Kunak.
"Menurut laporan, kemalangan membabitkan lori muatan kelapa sawit 10 tan jenis Nissan UD yang terbabas sendiri di bahu jalan lalu jatuh ke dalam sungai dengan ketinggian kira-kira 4.5 meter.
"Terdapat seorang mangsa terlibat iaitu pemandu lori yang tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Katanya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.45 pagi," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 05 2023

Pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori di Jalan Tun Fuad, Ladang Sungang, Kunak. - Sinar Harian

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Lelaki maut, lori dipandu jatuh sungai
Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbabas dan jatuh ke dalam sungai di Jalan Tun Fuad, Ladang Sungang, Kunak.