KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan maut dipercayai terkena tembakan daripada selaras senapang patah yang dibawa rakannya di kebun durian berhampiran Sungai Gabai di Hulu Langat, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7.15 pagi dan siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 32 tahun pergi ke kawasan itu bersama tiga rakannya.
"Semasa dalam perjalanan, seorang rakan si mati yang membawa senjata api (iaitu senapang patah) telah tergelincir di lereng bukit dan senapang yang dipegangnya terpelanting dari tangan serta berlaku tembakan.
"Mangsa yang berada di belakang dalam jarak lebih kurang tiga meter telah terkena tembakan tersebut dan disahkan mati di tempat kejadian," katanya kepada Bernama.
Mohd Zaid berkata terdapat beberapa kesan tembakan peluru dipercayai daripada senjata api itu pada badan mangsa.
Katanya senapang itu dilesenkan atas nama bapa saudara salah seorang rakan mangsa dan ketiga-tiga mereka, berumur lingkungan 36 hinga 43 tahun, ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan balai polis terdekat atau pegawai penyiasat ASP Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 32 tahun pergi ke kawasan itu bersama tiga rakannya. - Gambar fail

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.

Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.

Insiden tembakan: Aaron Aziz segera ambil anak di SCM, sempat titip pesanan
Aaron Aziz memaklumkan anaknya juga salah seorang pengunjung di pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam ketika insiden tembakan pada Sabtu.

Insiden tembakan: Pusat beli-belah disahkan selamat, kata polis
Pemeriksaan lanjut di dalam pusat beli belah ini disahkan dalam keadaan selamat.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Insiden tembakan: Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium.

Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - KP Selangor
Siasatan polis mendapati, terdapat kesan atau unsur-unsur bot dinaiki anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilanggar.

Polis 'buru' dua lelaki Indonesia hantar PATI cedera akibat tembakan ke hospital di Serdang
Pihak polis juga mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai berada dalam bot sewaktu kejadian.

Pasukan keselamatan Thailand tumpaskan empat lelaki bersenjata di Yala
Empat lelaki bersenjata maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan tempatan di Kampung Charak Vakong, daerah Kerong Pinang, Wilayah Yala kira-kira 5.30 pagi tadi.