BERUAS: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Besar Lekir-Sitiawan, berhampiran stesen minyak Caltex, dekat sini, hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Anuar Maarik, 50 tahun, tersepit di bahagian tempat duduk pemandu, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan hospital.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 10.30 pagi.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira, telah terbabas ke dalam longkang, menyebabkan pemandu tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Johari Tomin tamat jam 11.25 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jun 16 2023
Bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Wira yang terbabas ke dalam longkang di Jalan Besar Lekir-Sitiawan, dekat Beruas, hari ini. - Foto JBPM Perak
NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump
"Seorang atlet pelajar yang ditetapkan sebagai lelaki semasa lahir tidak dibenarkan bertanding dalam pasukan wanita."
Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.
[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Palestin di peringkat global.
'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel
Ehud Olmert tolak cadangan Donald Trump untuk "mengambil alih" Gaza.
Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC
Tindakan tersebut diambil susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh dari 10 hingga 12 Februari ini.
Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.
55 rumah diroboh dalam operasi koloni setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam operasi perobohan koloni setinggan di Kota Kinabalu pada khamis bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.
Penyeludupan tanaman hiasan bernilai rm1.25 juta tumpas
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dari thailand apabila merampas sebuah lori yang membawa pelbagai jenis anak pokok bunga bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang pada Khamis.
Presiden Iran sahkan tidak bangunkan senjata nuklear
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan Iran tidak mengejar senjata nuklear dan proses pengesahan adalah mudah. Kenyataannya dibuat selepas Donald Trump nyatakan hasrat perjanjian damai nuklear.
Lelaki maut tersepit, kereta terbabas masuk longkang
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang terbabas ke dalam longkang, menyebabkan pemandunya tersepit.