SETIU: Seorang lelaki maut selepas tertimbus tanah ketika melakukan kerja-kerja melombong emas dalam kejadian di Kampung Air Sejuk, Setiu.
Dalam insiden kira-kira jam 5 petang Rabu, mangsa Mohd Johari Mohd Asri, 34, maut di tempat kejadian.
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama bapanya sedang melakukan kerja-kerja melombong di kawasan berkenaan sebelum berlaku runtuhan yang menyebabkan mangsa tertimbus.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin berkata, sejurus menerima panggilan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati berlaku runtuhan tanah ketika mangsa berada di dalam lubang untuk kerja-kerja melombong emas.
Menurutnya ketika kejadian, keadaan cuaca mendung namun sesekali hujan lebat menyebabkan tanah di kawasan berkenaan lembut.
Jelasnya mayat mangsa ditemui kira-kira jam 7 malam dan berjaya dikeluarkan 30 minit kemudian.
Katanya usaha mengeluarkan mangsa terpaksa dilakukan dengan bantuan jentolak berikutan tanah di lokasi berkenaan dari jenis tanah liat dan berpasir dan mudah runtuh.
Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.
Afandi berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Nur Fazlizai Ali
Wed Dec 15 2021

Usaha mengeluarkan mangsa terpaksa dilakukan dengan bantuan jentolak berikutan tanah di lokasi berkenaan dari jenis tanah liat dan berpasir dan mudah runtuh. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Satu lagi mayat mangsa ditemukan tertimbus
Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi, ditemukan kira-kira 8.55 pagi.

Lelaki maut selepas rumah didiami runtuh
Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.05 pagi dan disahkan telah meninggal dunia oleh paramedik Hospital Umum Sarawak.

SOP musnah bom dikaji susulan anggota tertimbus tanah
Siasatan yang dijalankan itu termasuk untuk mengenal pasti sekiranya terdapat kelonggaran dari sudut prosedur operasi standard (SOP).

Dua anggota polis tertimbus ketika persiapan musnah bom stabil
Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan dan kini dalam keadaan stabil.

Penggali telaga maut tertimbus tanah
Seorang penggali telaga maut selepas tertimbus semasa melakukan kerja-kerja menurunkan pembetung dalam kejadian di Masjid Kampung Gelam, Tok Uban pada Isnin.

Tanah runtuh Cameron Highlands: Kesemua mangsa disahkan warga Myanmar
Kesemua mangsa kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands disahkan warga Myanmar.

Empat pekerja Myanmar dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan
Empat pekerja dipercayai warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Pulau Perhentian.

Gempa bumi Afghanistan: Usaha mencari mangsa diteruskan
Pasukan kecemasan berusaha keras menyelamatkan mangsa yang tertimbus di bawah timbunan runtuhan bangunan.

Pekerja asing maut runtuhan batu: JKKP Perak arah henti operasi kuari, siasat kes
Sepasukan pegawai penyiasatnya diarahkan ke lokasi kejadian pada Selasa bagi menjalankan siasatan.

Pekerja tertimbus dalam runtuhan di tapak kuari Keramat Pulai
Seorang lelaki pekerja warga asing dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan batu di tapak kuari Keramat Pulai, Simpang Pulai, di Ipoh.