IPOH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Jumaat atas tiga tuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan, Mac lalu.
Tertuduh, Mohamad Kasim Abdul Wahab, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
Mengikut pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun tujuh bulan di tepi Sungai Kenering, Kampung Belum Baru Lawin, Gerik, kira-kira jam 1 petang, 27 Mac lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa bagi tujuan seksual di lokasi, masa dan tarikh sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14 (b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua orang penjamin, termasuk seorang dalam kalangan ahli keluarga terdekat.
Tertuduh dan ahli keluarganya juga dilarang untuk mendekati dan mengganggu mangsa.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan manakala tertuduh diwakili peguam Amirul Fairuzzeen Jamaluddin.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Nov 17 2023
![Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja tepi sungai Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja tepi sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700207227_TBrogoljpg.jpg)
Mohamad Kasim mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak. - Gambar/ Astro AWANI
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739960155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
![Kes rogol dilaporkan berlaku di PPS Kelantan semasa banjir Kes rogol dilaporkan berlaku di PPS Kelantan semasa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732948984_TBMohdYusoffMamat.jpg)
Kes rogol dilaporkan berlaku di PPS Kelantan semasa banjir
Lelaki terbabit ditahan pada 6 Disember lalu dan dikenakan perintah tahanan reman selama enam hari bagi membantu siasatan.
![Rogol remaja OKU: Pengawal keselamatan dipenjara 15 tahun, sembilan sebatan Rogol remaja OKU: Pengawal keselamatan dipenjara 15 tahun, sembilan sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733742339_TBGAVEL.jpg)
Rogol remaja OKU: Pengawal keselamatan dipenjara 15 tahun, sembilan sebatan
Mohd Rafiee Abdullah, 27, yang berdepan tiga pertuduhan, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan.
![Atlet OKU didakwa rogol remaja bawah umur Atlet OKU didakwa rogol remaja bawah umur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722496281_courtgavelmahkam.jpg)
Atlet OKU didakwa rogol remaja bawah umur
Seorang atlet Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, tahun lepas.
![Kelindan lori rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja dipenjara lima tahun, tiga sebatan Kelindan lori rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja dipenjara lima tahun, tiga sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710405031_TBkesrogoljpg.jpg)
Kelindan lori rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja dipenjara lima tahun, tiga sebatan
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan ke atas seorang kelindan lori atas tuduhan lakukan amang seksual dan merogol.
![Penganggur direman disyaki rogol pelajar 14 tahun Penganggur direman disyaki rogol pelajar 14 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701942692_Handcuff.jpg)
Penganggur direman disyaki rogol pelajar 14 tahun
Seorang penganggur direman selama tujuh hari bermula Khamis selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun.
![Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja tepi sungai Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja tepi sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700207227_TBrogoljpg.jpg)
Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja tepi sungai
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Jumaat atas tiga tuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan, Mac lalu.
![Rogol remaja perempuan: Reman tujuh lelaki disambung Rogol remaja perempuan: Reman tujuh lelaki disambung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699954357_TBROGOLREMAJA.jpg)
Rogol remaja perempuan: Reman tujuh lelaki disambung
Perintah reman ke atas tujuh lelaki termasuk lima remaja yang sebelum ini ditahan atas kesalahan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun disambung tiga hari bermula Selasa hingga Khamis.
![Penganggur mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur Penganggur mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691469328_Penganggur.jpg)
Penganggur mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur.
![Tukang masak hadapi 7 pertuduhan rogol, liwat pelajar Tingkatan Tiga di ladang sawit Tukang masak hadapi 7 pertuduhan rogol, liwat pelajar Tingkatan Tiga di ladang sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690791278_tukangmasak.jpg)
Tukang masak hadapi 7 pertuduhan rogol, liwat pelajar Tingkatan Tiga di ladang sawit
Seorang tukang masak dituduh di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan termasuk merogol, meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar Tingkatan Tiga.
![Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684745378_Lelakirogolremaja.jpg)
Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur di Layang-Layang, Kulai, tahun lalu.