GOPENG: Lelaki yang bertindak agresif menghayun parang dan sabit di atas sebuah kereta peronda polis, di hadapan Balai Polis Gopeng semalam, direman empat hari bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Hasron Nazri Hashim berkata, suspek direman sehingga 12 September ini bagi membantu siasatan.
Semalam, suspek yang ditahan polis disahkan Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid sebagai positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.
Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing ke atas lelaki yang berusia lingkungan 61 tahun itu menunjukkan positif dadah jenis methamphetamine dan heroin.
BACA: Lelaki amuk hayun sabit positif dadah, ada rekod jenayah lampau
BACA: Lelaki amuk hayun galah sabit atas kereta peronda polis ditahan
Katanya, suspek juga didapati mempunyai 16 rekod lampau membabitkan pelbagai jenis kesalahan jenayah dan narkotik.
Kejadian berkenaan yang tular menerusi satu rakaman video, menunjukkan lelaki berkenaan telah memasuki kawasan Balai Polis Gopeng dengan menaiki sebuah motosikal dan membawa parang dan sabit bersamanya pada jam kira-kira 8 pagi.
Suspek dilihat melibaskan parang dan sabit berkenaan di hadapan pintu masuk balai, sebelum diberkas dengan bantuan pihak bomba yang menyembur air ke arahnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Sep 09 2021
![Lelaki mengamuk hayun parang, sabit atas kereta peronda polis direman empat hari Lelaki mengamuk hayun parang, sabit atas kereta peronda polis direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631077338_TBLELAKISABIT.jpg)
Dalam kejadian pada Rabu, suspek bertindak agresif dengan menghayun sabit dan parang di atas kereta peronda polis. - Gambar fail
![Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739055880_tbCongoconflictD.jpg)
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
AS: Kanada mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan EU
EU dan Kanada telah mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas sejak 2017, yang telah meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 65% dan mewujudkan perkongsian bahan mentah pada tahun 2021.
Lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan Singapura - Lee Hsien Loong
Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berkata dalam tempoh dua tahun lalu, pemerintah telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyat Singapura yang bimbang dengan kos sara hidup, terutama mereka yang paling memerlukan bantuan.
![42 tahanan Palestin tiba di Ramallah 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739056884_tbPalestinianprison.jpg)
42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030), bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri hadir sambutan CNY
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bermula 15 Feb ini.
![Lelaki dipenjara lima tahun miliki parang di tempat awam Lelaki dipenjara lima tahun miliki parang di tempat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729768629_TBCourtHammer.jpg)
Lelaki dipenjara lima tahun miliki parang di tempat awam
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memiliki parang di tempat awam.
![Penganggur tidak mengaku salah cederakan 2 anggota polis guna parang Penganggur tidak mengaku salah cederakan 2 anggota polis guna parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723108432_Halangpolis.jpg)
Penganggur tidak mengaku salah cederakan 2 anggota polis guna parang
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Teluk Intan pada Khamis, atas empat pertuduhan termasuk mencederakan dua anggota polis dengan parang minggu lalu.
![Pemuda didakwa libas abang dengan parang Pemuda didakwa libas abang dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718174272_Pemudalibasabang.jpg)
Pemuda didakwa libas abang dengan parang
Tertuduh, Muhammad Tuah Md Dali, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
![Duda mengaku bersalah pukul anak 12 tahun Duda mengaku bersalah pukul anak 12 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699334082_TBDudapukulanak.jpg)
Duda mengaku bersalah pukul anak 12 tahun
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Gerik pada Selasa atas tuduhan mencederakan anak kandungnya yang berusia 12 tahun di Kampung Perah, minggu lalu.
![Video tular: Polis siasat kes sekumpulan lelaki amuk melibas kayu, parang Video tular: Polis siasat kes sekumpulan lelaki amuk melibas kayu, parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647837089_TBamuk.jpg)
Video tular: Polis siasat kes sekumpulan lelaki amuk melibas kayu, parang
Rakaman video 28 saat itu memaparkan aksi ganas sekumpulan lelaki bergaduh dengan menetak serta melibas parang antara mereka.
![Lelaki mengamuk hayun parang, sabit atas kereta peronda polis direman empat hari Lelaki mengamuk hayun parang, sabit atas kereta peronda polis direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631077338_TBLELAKISABIT.jpg)
Lelaki mengamuk hayun parang, sabit atas kereta peronda polis direman empat hari
Suspek direman sehingga 12 September ini bagi membantu siasatan.
![Anak didakwa libas parang sampai putus tangan bapa Anak didakwa libas parang sampai putus tangan bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61580805979_TBxjpg.jpg)
Anak didakwa libas parang sampai putus tangan bapa
Akibat berang dengan tindakan ayahnya yang dipercayai sering memarahi ibu, seorang anak tergamak memotong tangan bapanya sehingga putus.
![Suspek libas parang ditahan Suspek libas parang ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579231325_penjenayah.jpg)
Suspek libas parang ditahan
Suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau termasuk kes dadah, senjata merbahaya, kesalahan curi, khianat dan pecah rumah.