KUALA LUMPUR:Gara-gara menyamar sebagai 'pegawai kanan polis' dari Bukit Aman dan memiliki objek menyerupai pistol, seorang lelaki ditahan polis di sekitar Petaling Jaya awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek berumur 25 tahun itu ditahan susulan laporan diterima daripada seorang lelaki dan pihaknya turut merampas satu objek menyerupai pistol berwarna hitam.
"Mangsa seorang jurutera mendakwa mengenali suspek menerusi seorang rakan yang memperkenalkannya sebagai pegawai kanan polis di Cawangan E8 Bukit Aman lalu menghubunginya untuk urusan pembayaran saman trafik," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pada 23 Sept lepas, mangsa kemudiannya telah membuat pemindahan wang sebanyak RM100 ke akaun milik suspek kononnya bagi pembayaran saman itu.
Katanya, mereka berjumpa lagi keesokannya di sebuah restoran di Damansara Damai dan mangsa telah meminta bantuan suspek bagi menyelesaikan beberapa kes membabitkan kesalahan trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Suspek kemudian telah meminta mangsa membuat pemindahan wang secara berperingkat sebanyak RM800 dan semasa perjumpaan itu, mangsa terlihat objek yang menyerupai pistol terselit pada pinggang suspek dan merasa takut kerana suspek turut bercerita kononnya dia pernah membuat tangkapan dan melepaskan tembakan," katanya.
Menurutnya, suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad dan kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai pegawai polis dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata api.
Dalam kes berasingan, perbuatan seorang lelaki memecahkan cermin sisi sebuah kenderaan menggunakan besi di Sungai Way, Petaling Jaya mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Nik Ezanee berkata suspek ditahan di perkarangan Balai Polis Sungai Way, sekitar 11.50 malam dan hasil pemeriksaan di dalam kereta miliknya telah menemukan sebatang besi dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Selasa lepas, tular dalam media sosial seorang lelaki memecahkan cermin sisi sebuah lori di Jalan SS9A/1 Sungai Way, Petaling Jaya.
"Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pada Sabtu pukul 12.45 tengah hari apabila mangsa berusia 38 tahun yang juga pemilik lori memberhentikan kenderaannya di tepi jalan di lokasi kejadian untuk menghantar barang.
"Suspek berumur 30 tahun itu tidak berpuas hati apabila diminta mengalihkan kenderaan lalu bertindak di luar kawalan dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa selain memecahkan cermin sisi lori itu menggunakan sebatang besi," katanya dan menambah suspek direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020
![Lelaki menyamar sebagai pegawai kanan polis Bukit Aman ditahan Lelaki menyamar sebagai pegawai kanan polis Bukit Aman ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81595555534_NikEzaneeMohdFais.jpg)
Nik Ezanee berkata, mangsa merasa takut kerana suspek turut bercerita kononnya dia pernah membuat tangkapan dan melepaskan tembakan. - Gambar fail
Pembubaran DOJ tidak jejas proses pemulihan aset
Pembubaran DOJ tidak menjejaskan usaha berterusan Malaysia dalam pemulihan aset 1MDB.
![FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251240_JohnFKennedy.jpg)
FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy
BIRO Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan ribuan dokumen yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK).
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.
Malaysia-Turkiye sasar lonjakan perdagangan melebihi AS$5 hingga AS$10 bilion – PM Anwar
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mencadangkan penambahan nilai perdagangan dan pelaburan melebihi AS$5 ke AS$10 bilion.
Jelasnya tiada sebab mengapa kedua-dua negara tidak boleh meningkatkan manfaat perdagangan dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, agrikomoditi, elektrik dan elektronik serta pertahanan.
Jelasnya tiada sebab mengapa kedua-dua negara tidak boleh meningkatkan manfaat perdagangan dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, agrikomoditi, elektrik dan elektronik serta pertahanan.
AWANI Ringkas: Pemulihan aset 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739256133_SPRM.jpg)
SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.
![Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739252440_pemilikmanchesteru.jpg)
Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.
![Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739255332_memukulanak.jpg)
Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan
Perintah reman bermula hari ini terhadap wanita berumur 37 tahun itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor.
![Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738460992_HerryImanPierngadi.jpg)
Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.
![Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253287_Thaipusam.jpg)
Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
![Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738846397_DatukHusseinOmarK.jpg)
Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
![Sindiket warga asing curi telefon tumpas Sindiket warga asing curi telefon tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737113737_KetuaPolisSelangor.jpg)
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Empat individu termasuk dua wanita berusia antara 31 hingga 61 tahun ditahan selain 13 telefon bimbit dirampas.
![Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738297606_kesragut.jpg)
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Operasi antara 16 hingga 18 Januari lalu membawa kepada penangkapan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia antara 31 hingga 55 tahun.
![Suspek ugut Harith Iskander, keluarga ditahan polis - KPN Suspek ugut Harith Iskander, keluarga ditahan polis - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/51551168723_HarithIskander.jpg)
Suspek ugut Harith Iskander, keluarga ditahan polis - KPN
Suspek berusia 31 tahun itu direman sehingga 28 Januari ini untuk membantu siasatan.
![Polis tahan suspek kedua terlibat insiden tikaman Saif Ali Khan Polis tahan suspek kedua terlibat insiden tikaman Saif Ali Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737344705_SaifAliKhan.jpg)
Polis tahan suspek kedua terlibat insiden tikaman Saif Ali Khan
Selain luka berhampiran tulang belakang, Saif turut cedera di bahagian leher dan tangan.
![Sindiket curi bungkusan kurier tumpas Sindiket curi bungkusan kurier tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737168242_sindiketcuribarang.jpg)
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
![Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734788296_magdeburg.jpg)
Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023.
![Arab Saudi pernah beri amaran kepada Jerman tentang suspek insiden Magdeburg Arab Saudi pernah beri amaran kepada Jerman tentang suspek insiden Magdeburg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734788296_magdeburg.jpg)
Arab Saudi pernah beri amaran kepada Jerman tentang suspek insiden Magdeburg
Arab Saudi pernah meminta ekstradisi suspek yang dikenali sebagai Taleb A., tetapi Jerman tidak memberi sebarang maklum balas.
![Suspek utama kes tikam wanita China ditahan - Ketua Polis KL Suspek utama kes tikam wanita China ditahan - Ketua Polis KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733366905_RusdiMatIsa.jpg)
Suspek utama kes tikam wanita China ditahan - Ketua Polis KL
Suspek wanita berusia 34 tahun yang juga warga China itu ditahan di sekitar ibu negara, pada petang Rabu.
![Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728450077_HandcuffGari.jpg)
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.