PASIR MAS: Seorang lelaki yang mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan pernah dikenakan tindakan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) sekali lagi ditahan selepas memiliki sebanyak 94,600 batang rokok seludup bernilai RM189,200 di Kampung Dangar, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata kesemua rokok itu dijumpai di rumah suspek berusia 49 tahun itu ketika serbuan dilakukan pada kira-kira 11 malam.
"Pemeriksaan badan ke atas suspek gagal menemukan sebarang barangan larangan namun selepas pemeriksaan dilakukan di dalam rumahnya, 10 kotak besar mengandungi 94,600 batang rokok putih dijumpai," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam kes berasingan, Mohd Nasaruddin berkata pihaknya merampas 400 biji pil kuda selepas menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di hadapan sebuah kedai di Kampung Tobuak di Tendong di sini pada 11.30 malam tadi.
Ketika ditahan dan pemeriksaan badan dilakukan, polis menemukan satu beg hitam kelabu di pinggang suspek sebelum menjumpai dua paket plastik biru berisi 400 biji pil kuda bernilai RM4,000.
"Suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamin serta memiliki satu rekod lampau berkaitan dadah," katanya menambah kes rampasan pil kuda ini akan disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen15(1)(a) akta yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021
Suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamin serta memiliki satu rekod lampau berkaitan dadah. - Foto BERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, antara 1 tengah hari semalam hingga 4 pagi tadi.
Polis tumpaskan sindiket edar ganja, tahan tiga termasuk seorang wanita
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran ganja selepas menahan tiga individu termasuk seorang wanita serta merampas hampir 26 kilogram (kg) dadah bernilai RM79,680.
Suami, isteri ditahan disyaki curi kelapa sawit
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes mencuri kelapa sawit di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Merlimau di sini.
Tiga remaja ditahan disyaki sindiket dapatkan akaun bank keldai
Polis menahan tiga individu termasuk seorang remaja perempuan disyaki ahli sindiket penipuan yang menjalankan kegiatan mendapatkan akaun bank keldai.
7 termasuk suami isteri ditahan, dadah lebih RM10 juta dirampas
Polis menahan tujuh individu termasuk pasangan suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM10 juta dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini pada 12 Ogos lepas.
Polis rampas syabu dan ekstasi bernilai RM2.6 juta, tahan penganggur
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 50 kilogram (kg) syabu serta enam kg pil ekstasi bernilai RM2.6 juta dalam serbuan di Sabak Bernam, Khamis lepas.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Penganggur warga Thailand ditahan seludup ganja bernilai lebih RM25,000
Seorang lelaki warga Thailand ditahan kerana disyaki menyeludup ganja seberat 8.350 kilogram yang dianggarkan bernilai RM25,885 di sebuah rumah di Kampung Kota, di sini.
Suspek curi kabel TM ditahan selepas dikejar polis 100km
Polis menahan seorang lelaki manakala dua lagi rakan melarikan diri selepas lori dinaiki mereka dikejar anggota polis sejauh hampir 100 kilometer (km) di sini, hari ini
Wanita maut disyaki dipukul suami guna dumbel angkara cemburu
Seorang wanita maut dipercayai dipukul menggunakan dumbel oleh suaminya akibat cemburu dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, Shah Alam awal pagi Jumaat.