KOTA TINGGI: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan memiliki senjata api dan dadah termasuk melepaskan tembakan ke atas polis.
Tertuduh, Muhammad Firdaus Paiman, 35, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Sazlina Shafie.
Muhammad Firdaus yang juga berstatus duda, didakwa memiliki pistol jenis Beretta Gardone VT dan selaras senapang patah buatan sendiri dalam sebuah kereta di tepi Masjid Al Ikhwan Gugusan Adela, Pengerang kira-kira jam 1 pagi pada 10 Mei lalu.
Bapa dua anak itu juga didakwa memiliki tiga butir peluru jenis Kartus 12 Bore dan empat butir peluru jenis 9 milimeter tanpa lesen senjata yang sah pada lokasi, waktu dan tarikh yang sama.
Muhamad Firdaus turut didakwa memiliki selaras senapang angin buatan sendiri tanpa lesen senjata yang sah di Felda Tunggal, Pengerang kira-kira jam 2.30 pagi 10 Mei lalu.
Bagi pertuduhan memiliki pistol dan senapang patah, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan juga sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan memiliki senapang angin dan peluru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Sazlina kemudiannya menetapkan tarikh 15 Jun 2023 bagi sebutan semula kes dan keputusan penghakiman sementara menunggu laporan kimia.
Sementara itu, Muhamad Firdaus turut mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Tinggi atas tiga pertuduhan memiliki senjata api dan dadah termasuk melepaskan tembakan ke atas seorang anggota polis.
Tertuduh didakwa telah melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kecederaan terhadap Lans Koperal Mohd Shafiq Nazrin Razali yang cuba menangkapnya di bulatan Lotus Desaru Bandar Penawar, Pengerang, kira-kira jam 3.35 petang, 7 Jun 2016.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati.
Tertuduh turut didakwa memiliki dadah jenis nimetazepam seberat 0.44 gram dan kanabis seberat 0.90 gram di tepi jalan Masjid Jamek Al Ikhwan Gugusan Felda Adela, di sini kira-kira jam 1 pagi pada 10 Mei lalu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB), 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau maksimum penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Muhamad Firdaus turut didakwa di bawah Seksyen 6 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Khairuddin Khalid sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Rashidah Baharom menetapkan 6 Julai untuk sebutan kes berkenaan dan memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Majistret Pengerang. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 18 2023

Tertuduh (tengah) diiringi polis di Mahkamah Kota Tinggi, pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Jumaat – 7 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).
AWANI Tonight 6 March 2025
AWANI Tonight with Farhana Sheikh
1. UMNO denies links to MACC probe into ex-PM Ismail Sabri
2. Govt introduces special passes for investors, expats
1. UMNO denies links to MACC probe into ex-PM Ismail Sabri
2. Govt introduces special passes for investors, expats

KKM laksana pelbagai usaha capai matlamat masyarakat bebas rokok
Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan usaha mencapai matlamat masyarakat bebas rokok melalui pelbagai pendekatan dan program.

Aaron perlu fokus pemulihan sebelum ke Seluruh England 2025 - Roslin
Aaron Chia dinasihatkan supaya memberikan lebih tumpuan kepada pemulihan kecederaan pergelangan tangan berulang yang dialaminya menjelang Kejohanan Badminton Seluruh England 2025.

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama PM, Jemaah Menteri
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara, malam ini.
AWANI 7:45 [6/3/2025] – Tindakan undang-undang | Polis siasat 40 tan peluru hidup | Aktiviti anak di sekolah dirakam | Setakat 25 Februari 2025
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Wang tunai dan jongkong emas, tiada kaitan dengan UMNO
-Jumlah sitaan sindiket e-waste, mencecah RM3.9 bilion
-Pegawai penguatkuasa e-waste diugut, aktiviti anak di sekolah dirakam
-750 rakyat Malaysia diselamatkan, mangsa sindiket pekerjaan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Wang tunai dan jongkong emas, tiada kaitan dengan UMNO
-Jumlah sitaan sindiket e-waste, mencecah RM3.9 bilion
-Pegawai penguatkuasa e-waste diugut, aktiviti anak di sekolah dirakam
-750 rakyat Malaysia diselamatkan, mangsa sindiket pekerjaan

Letupan periuk api ragut 4 nyawa di Hodeidah, Yemen
Empat individu, termasuk seorang kanak-kanak, terkorban dalam bencana letupan periuk api di wilayah barat Yemen, Hodeidah, kata pegawai perubatan tempatan pada Khamis.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4230/4270 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4270/4320 pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Anggota polis maut ditembak di Pattani
Seorang anggota polis yang bertugas di pondok pengawal landasan kereta api maut ditembak sekumpulan lelaki di Khok Pho, Pattani, selatan Thailand.

Lelaki OKU mengaku bersalah tembak polis, miliki senjata api, dadah
Seorang lelaki kurang upaya (OKU) mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan memiliki senjata api dan dadah termasuk melepaskan tembakan ke atas polis.

Cuba bunuh polis, PATI ditembak mati
Akibat cuba membunuh anggota polis, seorang pendatang asing tanpa izin ditembak mati dalam satu serbuan di Kampung Jawa, Lahad Datu pagi Jumaat.

Kejadian tembak polis di Kedah, seorang suspek ditahan
Polis telah menahan seorang suspek berusia 35 tahun berhampiran lokasi kejadian seorang anggota yang maut ditembak di sebuah rumah di Kedah, malam tadi.

Lelaki cuba serang anggota polis di Kajang mati ditembak
Seorang lelaki bersenjatakan parang mati ditembak ketika cuba menyerang tiga anggota polis di Taman Muhibbah, Kajang petang Jumaat.