Polis menahan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang lumpuh separuh badan disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata, suspek berusia 45 tahun dan mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu, ditahan ketika sedang memandu di Taman Nusari Bayu di sini, Rabu lepas.
"Bertindak atas maklumat, pada 18 September lalu sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Seremban telah menahan sebuah kereta dinaiki suspek.
"Pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh pihak polis telah menemui dua ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja dianggarkan seberat 955 gram yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut," katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Isnin.
Mohd Said berkata nilai rampasan dianggarkan RM4,000 dan hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan keatas suspek didapati positif dadah jenis ganja.
Katanya suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah mulai Khamis hingga Rabu ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 23 2019
![Lelaki OKU miliki enam rekod jenayah lampau, ditahan bersama ganja Lelaki OKU miliki enam rekod jenayah lampau, ditahan bersama ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71569254649_OKUGanja.jpg)
Mohd Said berkata nilai rampasan dianggarkan RM4,000 dan hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan keatas suspek didapati positif dadah jenis ganja. Foto: Sinar Harian
AWANI Ringkas: Monopoli Puspakom dihentikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari 38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738921935_ZulkafliSariaat.jpg)
38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.
![Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635504957_AnnaJenkins.jpg)
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
[TERKINI] Petronas: Langkah penyusunan semula penting untuk masa hadapan
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
LBS rai Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 Bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Rabu.
11 pekerja asing kilang haram ditahan bersama RM21.83 juta e-waste
Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak menyerbu sebuah kilang memproses peleraian buangan elektrik dan elektronik (e-waste) haram di Machang Bubok dan merampas e-waste bernilai RM21.83 juta.
Jenayah penipuan pelaburan (setakat 2 Februari 2025)
Sejumlah 765 kes penipuan pelaburan telah dicatatkan setakat 2 Februari 2025. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut menyatakan jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta.
2,000 ditahan kerana dadah dalam 37 hari
Lebih 2,000 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan dadah di Perak dalam tempoh 37 hari tahun ini, dari Januari hingga Khamis.
![Enam ditahan terlibat pergaduhan hingga sebabkan kematian Enam ditahan terlibat pergaduhan hingga sebabkan kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730477842_AhmadZamryMarinsah.jpg)
Enam ditahan terlibat pergaduhan hingga sebabkan kematian
Lima lelaki dan seorang wanita berusia belasan tahun hingga 40 tahun ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian di Taman Sejati, Batu Anam di sini semalam.
![Polis Melaka tumpas sindiket pengedaran dadah dengan nilai terbesar RM6.94 juta tahun ini Polis Melaka tumpas sindiket pengedaran dadah dengan nilai terbesar RM6.94 juta tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700574836_TBMELAKADADAH.jpg)
Polis Melaka tumpas sindiket pengedaran dadah dengan nilai terbesar RM6.94 juta tahun ini
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan terbesar di Melaka tahun ini susulan penahanan tiga lelaki tempatan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM6.94juta.
![Polis tahan empat individu, rampas lebih 2 kg heroin base bernilai RM195,000 Polis tahan empat individu, rampas lebih 2 kg heroin base bernilai RM195,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627420084_TBRAMPASDADAH.jpg)
Polis tahan empat individu, rampas lebih 2 kg heroin base bernilai RM195,000
Semua suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine, direman tujuh hari bermula Ahad lepas.
![Empat remaja dicekup orang awam selepas ragut wanita Empat remaja dicekup orang awam selepas ragut wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599695193_TBMohamedMokhsein.jpg)
Empat remaja dicekup orang awam selepas ragut wanita
Dalam kejadian pada 8.40 malam itu, suspek remaja perempuan berusia 16 tahun mendekati mangsa yang berada di tepi jalan untuk meminjam telefon bimbit dengan alasan mahu menghubungi ibunya.
![Lelaki OKU miliki enam rekod jenayah lampau, ditahan bersama ganja Lelaki OKU miliki enam rekod jenayah lampau, ditahan bersama ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71569254649_OKUGanja.jpg)
Lelaki OKU miliki enam rekod jenayah lampau, ditahan bersama ganja
Polis menahan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang lumpuh separuh badan disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.