BACHOK: Seorang lelaki parah di kepala, badan dan kaki selain putus ibu jari tangan kanannya akibat ditetak tiga lelaki dalam kejadian di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Yunus di Kampung Pauh Jabit, Tawang di sini pada petang Ahad.
Mangsa berusia 42 tahun dipercayai diserang dengan golok dan pedang.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan Mohammad Ismail Jamaluddin berkata, punca kejadian dipercayai akibat pergaduhan membabitkan burung peliharaan jenis Murai Cerek milik mangsa yang dikatakan dicuri seorang lelaki bernama Farid dua hari yang lalu.
Katanya, polis menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berhubung kejadian itu pada jam 5.35 petang.
“Hasil siasatan mendapati mangsa dikatakan ingin mencari Farid untuk berbincang tentang kecurian burung tersebut.
“Mangsa datang ke tempat kejadian iaitu rumah seorang rakan Farid kerana Farid dikatakan sering melepak di situ, tetapi Farid tidak ada di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Menurut beliau, berlaku pergaduhan antara mereka menyebabkan tiga lelaki menetak mangsa dengan menggunakan golok dan pedang.
“Akibatnya, mangsa mengalami putus ibu jari tangan kanan, luka di bahagian atas kepala, di bahagian betis kanan dan lutut kiri.
“Mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Ujar beliau, susulan itu polis giat mengesan tiga lelaki yang terbabit bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Ketiga-tiganya dikenalpasti identiti dan usaha mencari mereka sedang dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan parang,” katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Aug 22 2021

Mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan. - Foto Sinar Harian

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Seorang maut, tiga parah dalam kemalangan di Gua Musang
Seorang maut manakala tiga parah selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Sungai Asap di Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.

Anggota polis parah dilanggar penjenayah di Kulim
Seorang anggota polis tidak sedarkan diri akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipandu penjenayah.

Pegawai bomba cedera, isteri parah kereta rempuh belakang lori sampah
Seorang pegawai bomba cedera manakala isterinya parah apabila kenderaan jenis Proton Persona yang dipandunya merempuh bahagian bucu belakang lori sampah yang diparkir di tepi jalan.

Pemuda parah ditetak ketika tidur bersama kekasih
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

Kemalangan 3 kenderaan, lebuh raya PLUS sesak 6 kilometer di Tapah
Dua parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 345.1 Lebuhraya Utara-Selatan, di Tapah malam tadi.

Lelaki parah ditetak gara-gara Murai Cerek
Punca kejadian dipercayai akibat pergaduhan membabitkan burung peliharaan jenis Murai Cerek milik mangsa.

Pasangan pengantin parah dalam nahas helikopter
Sebahagian daripada tetamu perkahwinan adalah individu yang terperangkap dalam serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019.

LRT bertembung: Laporan siasatan sah insiden akibat kecuaian, pengabaian SOP
Laporan Jawatankuasa Siasatan Insiden Perlanggaran Tren LRT Kelana Jaya, mengesahkan insiden tren bertembung berhampiran Stesen KLCC pada 24 Mei lalu berpunca akibat kecuaian manusia.

Pemuda maut elak kerbau
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor kerbau dalam kejadian di Jalan Kionsom, Inanam, di sini, malam tadi.

Polis kesan saksi kes cederakan isteri sehingga parah
Individu berkenaan dikenal pasti sebagai Rosmaini Abd Raof, beralamat di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar, Kedah dan bekerja sebagai peniaga.