KOTA KINABALU: Tindakan kejam seorang lelaki membunuh seekor kucing dengan memenggal kepala haiwan itu membawa padah apabila dijatuhkan hukuman penjara 29 bulan di Mahkamah Majistret Kota Belud pada Isnin.
Tertuduh, Jaferi Suman, 32, dijatuhkan hukuman oleh Majistret Lovely Natasha Charles selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
Mengikut keterangan kes, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud kira-kira jam 3 petang pada 3 Julai lalu di hadapan anak-anak pengadu yang juga pemilik kucing terbabit.
Berikutan kejadian itu, pengadu kemudian membuat laporan polis kira-kira jam 3.35 petang pada keesokan harinya dan tertuduh telah ditahan pada 5 Julai lalu.
Kejadian itu turut menyebabkan dua anak pengadu trauma selepas melihat sendiri tertuduh yang juga jiran mereka membunuh kucing terbabit menggunakan parang.
Mengikut keterangan kes juga, siasatan mendapati tertuduh merupakan seorang penagih dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.
Dalam rayuannya, Jaferi meminta hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia tahan reman iaitu pada 5 Julai tahun lalu dan Lovely kemudian membenarkan rayuan tertuduh.
Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Mohd U'kasyah Hashim.
Sinar Harian
Mon Mar 08 2021

Tertuduh, Jaferi Suman, 32, dijatuhkan hukuman oleh Majistret Lovely Natasha Charles selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki penggal kucing
Mahkamah Sesyen Kuching menolak pengakuan bersalah seorang penganggur lelaki yang dituduh memenggal kepala seekor kucing milik jirannya.

Lelaki penggal kepala kucing dipenjara 29 bulan
Tertuduh, Jaferi Suman, 32, dijatuhkan hukuman oleh Majistret Lovely Natasha Charles selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.