SUNGAI PETANI: Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki sepucuk pistol jenis Colt dan enam butir peluru hidup di Taman Ria Jaya, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada jam 4.30 petang ketika serbuan polis Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.
“Ketika anggota tiba suspek dalam keadaan mencurigakan dan sebaik anggota menghampirinya suspek bertindak melarikan diri.
“Anggota yang mengejar berjaya menahan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zaidy berkata, pemeriksaan pada tubuh suspek polis menemui sepucuk pistol jenis Colt-PT.F.A buatan Amerika Syarikat (AS) berwarna hitam dan enam butir peluru jenis PMC.38 SPL.
Katanya, polis merampas senjata api serta peluru itu dan suspek kemudiannya ditahan.
“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.
“Suspek telah direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 4 Ogos untuk membantu siasatan,” ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjat api (Penalti lebih berat) 1971.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jul 31 2022
Polis merampas senjata api serta peluru itu dan suspek kemudiannya ditahan. - Gambar hiasan
Jumpa silinder konkrit dalam Sungai Trolak, apa fungsinya ketika Perang Dunia Kedua?
Sebelum ini banyak pengkaji sejarah hanya bergantung kepada rekod bertulis yang ia pernah diguna ketika Pertempuran Slim pada 7 Januari 1942.
Teluk Mexico ditukar kepada Teluk Amerika dalam peta Google
Perubahan itu hanya akan dapat dilihat di AS, tetapi masih kekal sebagai Teluk Mexico di Mexico.
Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Tiga mangsa ditemui, seorang maut
Dua mangsa pertama iaitu seorang remaja perempuan dan perempuan dewasa ditemui selamat sekitar jam 4.55 pagi.
12 pegawai penyiasat kes jenayah Trump dipecat
Pemecatan diumumkan menerusi surat daripada pemangku peguam negara, James McHenry.
Laporan cap jari tidak sepadan dengan suspek tikam Saif Ali Khan
Laporan yang dihasilkan sistem itu menunjukkan cap jari tersebut tidak sepadan dengan suspek berusia 30 tahun terbabit.
Laporan cap jari tidak sepadan dengan suspek tikam Saif Ali Khan
Laporan cap jari yang dikumpul dari rumah pelakon Bollywood terkenal, Saif Ali Khan, yang cedera ditikam pada 16 Januari lalu, didapati tidak sepadan dengan cap jari suspek.
Kyiv tidak bersedia adakan rundingan damai - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan bahawa Ukraine boleh menggunakan jalan undang-undang untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia bagi menamatkan konflik hampir tiga tahun.
Namun, beliau mendakwa Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang
Namun, beliau mendakwa Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang
PM Itali Meloni disiasat berhubung pembebasan suspek warga Libya
ICC menuntut penjelasan, mengatakan bahawa pihaknya tidak dirundingkan mengenai keputusan tersebut.
Teluk Mexico ditukar kepada Teluk Amerika dalam peta Google
Peta Google akan menukar nama ‘Teluk Mexico’ kepada ‘Teluk Amerika’, sebaik sahaja ia dikemas kini secara rasmi dalam Sistem Nama Geografi Amerika Syarikat (AS).
12 pegawai penyiasat kes jenayah Trump dipecat
Lebih 12 pegawai yang terlibat dalam penyiasatan jenayah ke atas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dipecat atas alasan mereka tidak boleh dipercayai untuk melaksanakan agenda Presiden.
Kanak-kanak meninggal dunia ditinggalkan lebih 4 jam dalam kereta pengetua
Mangsa dipercayai berada di dalam kereta itu dari jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari.
Curi parang, kemudian ugut pemilik kedai dan orang awam
Seorang lelaki bertindak mengugut dan menakutkan orang ramai dengan sebilah parang yang dicurinya di sebuah kedai di Taman Ria, di sini pada Isnin.
Dipenjara tiga bulan curi duit tabung masjid RM14
Hakim Mahkamah Majistret Sungai Petani, Arif Mohamad Shariff menjatuhi hukuman itu ke atas tertuduh Muhammad Zarith Iqmal Shahidan supaya menginsafi dan menjadi tauladan kepada orang awam lain.
Tiga lelaki halang tugas penjawat awam dihadapkan ke mahkamah
Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas meleraikan satu insiden pergaduhan.