SHAH ALAM: Lelaki yang tular selepas memukul dan mencederakan seorang pemandu lori sampah di Jalan 6, Jalan Panchang Bedena, Sungai Besar di sini mempunyai empat rekod jenayah.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Agus Salim Mohd Alias berkata, suspek berusia lewat 50-an itu terlibat dalam kes ugutan jenayah dan mencederakan orang.
Menurut beliau, suspek ditahan polis kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di Pandan Perdana, Kuala Lumpur.
"Hasil maklumat diperoleh, kita berjaya menahan lelaki terbabit dan turut merampas kayu digunakan semasa kejadian, pengunci stereng serta sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV)," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Agus Salim berkata, saringan ujian awal air kencing turut dijalankan terhadap suspek, namun didapati negatif daripada sebarang jenis dadah.
Ujar beliau, melalui siasatan terperinci suspek positif terlibat dalam kejadian itu dan telah direman selama tiga hari bermula Isnin.
Media sebelum ini melaporkan, polis giat mengesan seorang suspek lelaki yang tular di Facebook selepas memukul dan mencederakan seorang pemandu lori sampah di tempat kejadian pada Ahad.
Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu berlaku selepas polis menerima aduan daripada pemandu lori berusia 37 tahun.
Mangsa mendakwa mengalami kecederaan pada tangan dan mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 31 2023

Agus Salim berkata, suspek ditahan polis kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di Pandan Perdana, Kuala Lumpur. - Gambar fail BERNAMA
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Lelaki pukul, cedera pemandu lori sampah miliki 4 rekod jenayah lampau
Supt Agus berkata, suspek berusia lewat 50-an itu terlibat dalam kes ugutan jenayah dan mencederakan orang.

Lelaki ditahan kerana ugut wakil rakyat
Ugutan dipercayai dilakukan kerana tidak puas hati terhadap tindakan bekas Ketua Cabang PKR Sungai Petani itu keluar parti berkenaan.