AMPANG JAYA: Seorang penghantar barang ditahan polis kerana dipercayai merogol anak tirinya sejak remaja itu berusia 13 tahun, tiga tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu dipercayai mula berlaku pada Januari 2020 di kediaman mereka dan di sebuah rumah kedai di Ampang.
Menurutnya, dalam satu kejadian awal, mangsa secara tiba-tiba didatangi bapa tirinya yang memeluknya dari belakang, kemudian meraba dan merogol remaja itu.
"Kejadian yang sama berterusan pada 28 Ogos dan 30 Ogos lalu, ketika itu mangsa berada di dapur rumahnya di Ampang," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Mohd Azam memberitahu, ketika kejadian itu ibu dan adik mangsa keluar mencuci baju di kedai dobi berhampiran.
Beliau memberitahu, akibat masalah kewangan, mangsa juga terpaksa berhenti bersekolah ketika berusia 11 tahun.
Katanya, bertindak atas laporan daripada mangsa pada 5 September lalu, polis memberkas bapa tiri mangsa yang berusia 30 tahun di rumah mereka di Ampang pada 7 September, kira-kira pukul 10.30 malam.
Katanya, pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang ke atas anak sulung daripada empat beradik itu mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.
Namun berdasarkan keterangan awal, Mohd Azam memberitahu, suspek menafikan merogol atau mencabul anak tirinya sebaliknya mendakwa mangsa sengaja mereka cerita kerana lelaki itu seorang yang tegas.
Beliau turut memaklumkan suspek mempunyai dua rekod jenayah.
Suspek direman tujuh hari sehingga 14 September bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.
Umavathi Ramayah
Fri Sep 08 2023

Mohd Azam Ismail berkata, pemeriksaan pegawai perubatan ke atas remaja itu di Hospital Ampang mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Lelaki rogol anak tiri sejak mangsa berusia 13 tahun ditahan
Seorang penghantar barang ditahan polis selepas dipercayai merogol anak tirinya, sejak remaja itu berusia 13 tahun, tiga tahun lalu.

Remaja disyaki dirogol bapa tiri, suspek suami isteri ditahan
Suspek yang merupakan bapa tiri serta ibu kandung mangsa masing-masing berusia 36 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Murid tahun empat dipercayai dirogol bapa tiri
Perbuatan terkutuk penganggur berusia 40 tahun itu dipercayai dilakukan sejak setahun lalu.