JOHOR BAHRU: Seorang lelaki kerugian RM427,940 selepas terperdaya dengan seorang individu baharu dikenali untuk urusan pengeluaran wang yang menjanjikan bayaran balik berserta komisen.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata mangsa yang berusia 45 tahun mendakwa diperkenalkan kepada seorang lelaki tempatan yang mengatakan mempunyai wang berjumlah RM25 juta dimasukkan ke akaun bank miliknya dari luar negara, pada November 2021.
Beliau berkata lelaki itu kemudian meminta pertolongan mangsa untuk memberikan wang bagi membayar pelbagai kos seperti cukai kerajaan untuk kemasukan wang RM25 juta itu, serta menjanjikan bayaran balik dan komisen berjumlah RM6 juta.
"Mangsa ditunjukkan beberapa dokumen bagi meyakinkan bahawa wang RM25 juta berkenaan benar-benar wujud.
"Mangsa kemudian memasukkan wang ke empat akaun berbeza melibatkan 98 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM427,940, bermula Disember 2021 hingga Jun 2023.
"Bagaimanapun, pada Julai 2023 lelaki terbabit masih meminta mangsa membuat bayaran menyebabkan mangsa mula curiga dan menuntut kembali wangnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Sohaimi berkata mangsa percaya telah ditipu selepas lelaki terbabit gagal dikesan dan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, semalam.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan juga akan meliputi penglibatan keldai akaun sekiranya ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024

Mangsa memasukkan wang ke empat akaun berbeza melibatkan 98 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM427,940, bermula Disember 2021 hingga Jun 2023. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Lelaki rugi lebih RM400,000 terperdaya janji kenalan
Mangsa percaya telah ditipu selepas lelaki terbabit gagal dikesan dan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.