JERTIH: Seorang lelaki mendakwa kehilangan kira-kira RM30,000 apabila wang tunai berjumlah lebih RM60,000 yang diletakkan atas but keretanya, terjatuh dan bertaburan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok di sini, pada 11 pagi semalam.
Ibu lelaki itu, Che Safiah Abdullah, 63, berkata anaknya Wan Ibrahim Wan Leh, 24, terlupa yang dia telah meletakkan beg kain berisi wang tunai di atas but kereta jenis Honda Civic, sebelum bergerak dari rumah ke sebuah bank untuk menyimpan wang tersebut.
"Selepas kejadian itu, Wan Ibrahim mengalami kemurungan dan hanya berkurung di dalam bilik, memandangkan wang tersebut dikumpulnya sejak empat tahun lalu hasil pendapatan sebagai tukang gunting di bandar Jertih.
"Lebih menyedihkan Wan Ibrahim, wang itu untuk dia beli kereta sendiri sebab kereta yang digunakan sekarang milik kakaknya dan dia mahu jelaskan hutang dan upah haji arwah bapa kandung dan bapa tirinya," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Lak Lok di sini, hari ini.
Che Safiah berkata anaknya yang masih bujang itu, meletakkan beg berisi wang tersebut di atas but kereta kerana terlebih dahulu mahu membersihkan bahagian dalam kereta, namun dia terlupa wang berada di situ dan terus memandu ke arah bandar.
Wan Ibrahim menyedari wang tersebut terjatuh sebaik sampai di bandar Jertih kira-kira 10 minit kemudian, sebelum berpatah balik ke tempat kejadian berhampiran persimpangan U di Kampung Lak Lok.
"Setiba di situ beberapa orang awam yang membantu memungut wang yang berterabur di atas jalan raya, telah menyerahkan balik wang tersebut kepada anak saya berjumlah sekitar RM30,000, namun ada individu yang tidak bertanggungjawab dipercayai telah mengambil wang tersebut.
"Anak saya kemudian pergi membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut dan kami berharap agar mana-mana individu yang mengambil baki wang itu agar memulangkan kembali kepada keluarga saya," katanya.
Che Safiah berkata kejadian tersebut turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis kedai berhampiran.
Dia turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai baki wang tersebut boleh menghubunginya di talian 013-5395538.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Wan Ibrahim menyedari wang tersebut terjatuh sebaik sampai di bandar Jertih kira-kira 10 minit kemudian, sebelum berpatah balik ke tempat kejadian berhampiran persimpangan U di Kampung Lak Lok. -Gambar hiasan
Perkongsian perisikan untuk keamanan, keselamatan ASEAN penting - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri menekankan mengenai kepentingan perkongsian perisikan silang antara rakan serantau bagi mewujudkan zon penampan selamat di rantau ASEAN.
Dua rentung rumah terbakar
Seorang lelaki warga emas bersama anak angkatnya ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Tongkang Yard,Alor Setar.
[TERKINI] Tiada lagi tol percuma musim perayaan
Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini, termasuk Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Syria selepas perang: Sebuah negara dalam mod percubaan
Syria pasca perang bukanlah destinasi pelancongan yang ideal, tetapi, ia adalah bumi yang sarat dengan pelajaran tentang ketahanan manusia.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
AWANI Ringkas: NACCOL mahu selesaikan isu padi, beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM30,000, wang tunai berterabur di jalan raya
Che Safiah berkata kejadian tersebut turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis kedai berhampiran.