NARATHIWAT:Seorang rakyat Malaysia yang lama berpisah dengan isteri dan anaknya selepas pihak berkuasa menutup pintu sempadan negara bagi mengekang penularan COVID-19 sejak awal tahun, bertindak menyelinap masuk ke Narathiwat di selatan Thailand dengan menaiki sampan.
Ketua Pegawai Daerah Sungai Kolok, Rungruang Thimabut berkata lelaki berusia 53 tahun dari Kelantan itu ditahan polis kira-kira pukul 2.00 petang (waktu tempatan) semalam.
Beliau berkata terdahulu beliau menerima laporan dari penduduk tempatan bahawa seorang lelaki telah menyeludup masuk ke Kg Thasai di Sungai Kolok, dan sebaik tiba di lokasi, beliau mendapati lelaki itu telah ditahan pihak berkuasa kerana memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah dengan menaiki sampan.
"Dengan bayaran 300 baht, (RM 41), lelaki itu mendapatkan khidmat seorang warga Thai yang membawa sampan untuk membantunya menyelinap masuk ke Narathiwat untuk bertemu isteri dan tiga anaknya yang masih kecil, lelaki itu kini ditahan dan sedang menjalani kuarantin wajib sebelum tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 10 2020

Ketua Pegawai Daerah Sungai Kolok, Rungruang Thimabut berkata beliau menerima laporan dari penduduk tempatan bahawa seorang lelaki telah menyeludup masuk ke Kg Thasai. - Gambar hiasan
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Lelaki selinap masuk Narathiwat kerana rindu anak, isteri ditahan polis Thai
Ketua Pegawai Daerah Sungai Kolok, Rungruang Thimabut berkata lelaki berusia 53 tahun dari Kelantan itu ditahan polis kira-kira pukul 2.00 petang (waktu tempatan) semalam.