ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah 100 ketulan dadah dipercayai ganja bernilai RM250,200 dalam serbuan di sebuah inap desa di Taman Aman, di sini Selasa lalu.
Suspek lelaki berusia 46 tahun yang berasal dari Kuala Nerang itu dipercayai pengedar dadah dan menjadikan rumah itu sebagai tempat untuk menyimpan dadah berkenaan sebelum diedar kepada pelanggannya.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, serbuan dilakukan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada jam 4.30 petang.
"Hasil pemeriksaan dilakukan dalam bilik kedua rumah itu menemui 100 ketulan mampat aluminium foil berwarna keemasan dibaluti plastik lutsinar berisi tumbuhan kering mampat disyaki dadah jenis ganja seberat 100.2 kg dalam almari kayu.
"Kesemua dadah jenis ganja dan syabu itu dirampas dan dianggarkan bernilai RM250,200," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini pada Khamis.
Fisol berkata, pihaknya turut merampas sebuah motosikal jenama Benelli bernilai RM8,000 dan wang tunai bernilai RM100.
Beliau berkata, suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
"Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai menyewa inap desa itu selama empat hari dan disyaki menjadikan rumah itu sebagai transit untuk menyimpan dadah.
"Kesemua dadah jenis ganja itu boleh membekalkan kepada 20,000 pengguna dadah di sekitar kawasan utara termasuk di sempadan Sungai Petani ke atas.
“Turut dirampas dua peket plastik lutsinar berisi tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja seberat 8.20 gram dan satu peket plastik lutsinar berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu syabu seberat 1.13 gram.
"Syabu dan ganja itu dipercayai untuk kegunaan suspek dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek didapati positif methapetamine dan ganja," katanya.
Fisol berkata, pihaknya percaya dadah terbabit dibawa masuk dari negara jiran.
"Saya menasihatkan semua pemilik rumah inap desa supaya mengambil maklumat lanjut penyewa atau melaporkan kepada polis sekiranya mendapati ada aktiviti mencurigakan di situ.
"Modus operandi yang sama seperti sebelum ini iaitu dengan menyewa inap desa sebagai transit untuk menyimpan dadah sebelum diedar kepada pelanggan berdasarkan permintaan," katanya lagi.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jun 27 2024
Fisol (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di Alor Setar pada Khamis. - Foto Astro AWANI
Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.
Nurul Izzah sedia bersaing secara sihat
Jaguh berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri sedia bersaing secara sihat dengan pelumba muda terutama yang sedang meningkat naik Nur Alyssa Farid.
AWANI Ringkas: Bekalan ikan Ramadan, Aidilfitri
AWANI Ringkas: Bekalan ikan Ramadan, Aidilfitri
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan, menyatukan kepakaran dan sumber dari pelbagai jabatan kerajaan untuk menyelaraskan operasi di semua pintu masuk negara.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara
Pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya akan melihat data sedia ada yang diperoleh daripada operasi 19 pintu masuk awal di bawah AKPS sebelum ke fasa pelaksanaan seterusnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya akan melihat data sedia ada yang diperoleh daripada operasi 19 pintu masuk awal di bawah AKPS sebelum ke fasa pelaksanaan seterusnya.
Cromok dan Amuk bersatu buat kali pertama dalam Konsert Kasi Gegar!
Cromok bakal berganding bahu dengan Amuk dalam Konsert Kasi Gegar!.
Hujan lebat berterusan 4 hingga 7 februari di Sabah & Sarawak
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berlaku pada 4 sehingga 7 Februari 2025 di Sabah dan Sarawak.
Semakin pulih di Sarawak, 12 PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.
Dua lelaki ditahan acu senapang patah dan parang
Dua lelaki ditahan bersama selaras senapang patah dan sebilah parang selepas video mereka mengacukan senjata itu tular di media sosial baru-baru ini.
Lelaki ditahan rogol dan cabul wanita OKU
Polis menahan seorang lelaki di Kampung Banting Meraba, Beaufort kelmarin, selepas disyaki merogol seorang wanita yang juga orang kurang upaya (OKU).
Dua lelaki ditahan guna dron di pusat penamaan calon Bukit Gantang
Mereka menerbangkan dron di kawasan penyokong berkumpul dalam anggaran 70 meter dari luar pusat penamaan P59 Bukit Gantang.