ISKANDAR PUTERI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menahan 31 individu termasuk seorang lelaki warga Singapura kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran pada Disember tahun lepas.
Pengarah Kastam Johor Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata lelaki terbabit yang berumur dalam lingkungan 50-an ditahan di Bangunan Sultan Iskandar setelah didapati cuba bersembunyi di bahagian but belakang sebuah kereta Perodua Myvi sewaktu melalui pemeriksaan penumpang pada 13 Dis.
"Dua wanita warganegara Malaysia berumur 20-an bertindak sebagai pengangkut migran telah dituduh di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, manakala migran dituduh di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam sidang media di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, Gelang Patah dekat sini hari ini.
Beliau berkata lelaki Singapura itu yang sebelum ini dihukum penjara tiga bulan dan diusir keluar dari negara ini pada pertengahan Februari lepas, telah membayar 3,000 dolar Singapura (1 dolar Singapura = RM3.5154) untuk masuk ke Malaysia secara haram.
Sementara itu, Aminul Izmeer berkata JKDM Johor menerusi anggota Unit Marin Bahagian Penguatkuasaan Kastam menahan 28 individu terdiri daripada 26 lelaki dan seorang warga Indonesia, selain seorang wanita tempatan pada 17 Dis 2023.
Beliau berkata pihak kastam membuat pemeriksaan terhadap sebuah motokar jenis Proton Saga di Sabak Bernam, Selangor dan menahan pemandu dan penumpang yang membawa ke satu penginapan chalet.
"Hasil pemeriksaan di chalet terbabit terdapat 28 individu ... tujuh daripadanya didapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ... ada juga dalam kalangan mereka disyaki bertindak sebagai pekerja yang mengatur pergerakan untuk balik ke Indonesia melalui jalan tidak sah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024

Aminul Izmeer (tiga, kiri) bersama anggotanya menunjukkan gambar penyeludupan migran melibatkan seorang lelaki warganegara Singapura dan dua wanita tempatan. - Foto BERNAMA

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunung Machinchang
Mereka mula mendaki gunung itu pada pukul 12.02 tengah hari dan dipercayai tersesat akibat keadaan yang sudah semakin gelap.

Dua warga Singapura ditahan bersama lima tong pati ubat batuk
Kedua-dua suspek itu menaiki sebuah bot memancing yang berdaftar di Singapura dan dipercayai berperanan sebagai transporter.

Lelaki warga Singapura mengaku tak salah dakwa diri rasul
Idris Ami, 60, yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulfikri Yasoa'.

Warga Singapura dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Bangladesh
Bangladesh menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh negara pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi.

PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura
Empat warga Singapura yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat sindiket pertaruhan judi haram pada 1 Julai lepas, hari ini diserahkan kepada Singapore Police Force (SPF).

Lelaki Singapura maut 'superbike' rempuh kereta di Linkedua
Seorang lelaki warga Singapura maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang membuat pusingan U, di Kilometer (KM) 1.4 lebuh raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.

Lelaki warga Singapura hilang dipukul ombak di Desaru
Menurut maklumat orang awam, kedua-dua beranak dilaporkan dipukul ombak ketika beriadah di gigi air sebelum dihanyutkan.

Suami isteri parah Porsche 911 Dakar terbabas, langgar tiang lampu
Sepasang suami isteri warga Singapura cedera parah selepas kereta Porsche 911 Dakar dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang lampu di Batu 16, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat sini pada Ahad.

Tabib warga Singapura didakwa buat hantaran jelik guna perkataan dajal
Seorang tabib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran jelik di sebuah laman sesawang penstriman tahun lepas.