SUNGAI PETANI: Polis menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah 65 kotak mengandungi 2,041 pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM65,000 di sebuah rumah di Kampung Tikam Batu di sini.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, serbuan ‘Op Aidilfitri’ itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Risikan/Operasi/Rekod Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada pukul 2.30 petang semalam.
Beliau berkata, lelaki berusia 30-an itu menjadikan rumah pusaka ibunya di sebagai stor simpanan mercun dan bunga api bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Berdasarkan hasil siasatan , suspek mengaku membeli bahan letupan itu dari pembekal di kawasan Bukit Kayu Hitam untuk dijual di sekitar kawasan Sungai Petani.
Menurut Wan Hassan, pihaknya sedang menjejaki individu yang menjadi pembekal kepada suspek dan dipercayai masih menjalankan aktiviti penjualan mercun di sempadan.
Katanya, ini merupakan rampasan mercun terbesar menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan suspek kini di reman untuk tindakan lanjut.
Wan Hassan memberi peringatan kepada individu yang ingin menjual mercun perlu mendapatkan lesen.
“Kita telah memberi arahan kepada semua team supaya membuat rondaan (dan) tidak ada penjualan barang-barang yang diseludup yang boleh membahayakan… kalau yang dilesenkan itu adalah maksudnya dah ada syarat-syarat.
“… tapi kalau yang diseludup ataupun mercun-mercun yang tidak boleh dibawa masuk ataupun sebagainya, ini yang bahaya apabila dibeli oleh orang ramai dan budak-budak bermain dan sebagainya boleh memberi kecederaan,” katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Apr 29 2022

Lelaki berusia 30-an itu menjadikan rumah pusaka ibunya di sebagai stor simpanan mercun dan bunga api bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. - Gambar Astro AWANI
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Lelaki sorok mercun bernilai RM65,000 dalam rumah pusaka
Lelaki menjadikan rumah pusaka ibunya di sebagai stor simpanan mercun dan bunga api bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.