KEPALA BATAS: Tindakan seorang lelaki membawa pelbagai jenis senjata yang disorok dalam kereta dipandunya mengundang padah apabila dia ditahan polis di Mak Mandin, Butterworth, malam kelmarin.
Suspek berusia 42 tahun ditahan di hadapan sebuah kedai makan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika memandu Toyota Vios.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, polis yang membuat pemeriksaan pada badan suspek menemui sepucuk pistol jenis Zoraki M906 yang diselit di pinggang.
"Turut ditemui pada badan suspek ialah dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu dan ganja.
"Polis yang menjalankan pemeriksaan lanjut dalam kereta menemui sebilah parang, sebilah keris, pisau lipat serta kapak kecil yang disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, dekat sini, hari ini.
Siasatan lanjut mendapati suspek yang turut positif dadah methapetamin dikehendaki di Klang, Selangor atas kesalahan merusuh dengan senjata.
Menurut Mohd Radzi, suspek yang mempunyai lima rekod jenayah lampau direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum 14 tahun penjara serta enam kali sebatan.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai motif suspek membawa senjata tersebut dan kemungkinan mempunyai rakan lain.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Sep 13 2022

Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad menunjukkan sepucuk pistol yang dirampas daripada seorang lelaki di Mak Mandin, Butterworth, malam kelmarin. - Gambar Astro AWANI
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Lelaki sorok senjata dalam kereta diberkas
Suspek ditahan di hadapan sebuah kedai makan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika memandu Toyota Vios.