PUTRAJAYA: Seorang bekas pemandu lori terlepas daripada tali gantung selepas Mahkaman Rayuan di sini hari ini, menggantikan hukuman mati mandatori dengan penjara 20 tahun kerana menyebabkan kematian isterinya, tujuh tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera menjatuhkan hukuman itu terhadap Satvender Singh, 37, selaku perayu selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
"Mahkamah mengambil kira segala fakta termasuk hubungan perayu dengan mangsa sebagai suami isteri dan tindakan perayu mencipta situasi kejadian untuk mengelak tanggungjawab dan kematian tragik isterinya yang masih muda.
"Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap perayu bermula dari tarikh tangkap (14 April 2016)," kata Hakim Vazeer Alam yang turut bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk SM Komathy Suppiah.
Hakim Komathy yang membacakan penghakiman berkata terdapat kesan cekik pada leher mangsa yang ditemui di lantai rumahnya manakala anak perempuannya berada di atas katil dan terdapat bantal di sebelahnya.
"Pakar patologi mendapati terdapat susu dalam paru-paru bayi berkenaan. Punca kematian bayi itu mungkin kerana tersedak susu atau ditekup menggunakan bantal.
"Namun, pakar patologi berkenaan tidak dapat menyatakan sebarang pendapat yang boleh dipercayai tentang punca kematian bayi itu. Oleh itu, sabitan (membunuh anak) tidak selamat dan diketepikan," kata hakim itu.
Hakim itu berkata keterangan bahawa perayu orang terakhir yang melihat isteri serta anaknya masih hidup dan apabila perayu dipanggil membela diri di mahkamah, hakim (Mahkamah Tinggi Shah Alam) tidak memperincikan inti pati pertuduhan dan ia memprejudiskan hak perayu dalam membela diri.
"(Oleh itu) adalah tidak selamat untuk mengesahkan sabitan tertuduh atas kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Setelah meneliti keterangan dalam kes ini, kami mendapati terdapat banyak bukti yang menunjukkan tertuduh telah mencekik mangsa dan menyebabkan kematiannya.
"Kecederaan dalaman pada leher mangsa mungkin hanya disebabkan oleh penggunaan kekerasan yang ketara. Ini menunjukkan bahawa perayu telah berniat untuk mendatangkan kecederaan kepada mangsa dan kecederaan itu telah menyebabkan kematiannya.
"Dalam menjalankan kuasa rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman, kami mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan yang lebih ringan dan mensabitkannya di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan," kata hakim itu.
Semasa rayuan untuk hukuman yang ringan, peguam Datuk Rajpal Singh mewakili Satvender memohon anak guamnya dihukum penjara 10 tahun atas alasan dia menyesal dan tidak akan mengulangi kesalahan sama.
"Bapa perayu meninggal dunia dua bulan lepas manakala ibunya kini berusia 60 tahun tinggal berseorangan. Anak guam tidak mempunyai rekod jenayah lain dan berharap diberi peluang untuk menjadi individu lebih baik. Dia mahu menanggung keluarga dan meminta maaf kepada keluarga mangsa atas apa berlaku," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah pula memohon hukuman penjara minimum 20 tahun dengan mengambil kira tahap keseriusan kesalahan itu yang membabitkan suami isteri selain perayu mencekik mangsa sehingga menyebabkan kematian.
Pada 19 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap Satvender selepas didapati bersalah membunuh isteri dan bayi perempuannya berusia tujuh bulan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023

Mahkamah mengambil kira segala fakta termasuk hubungan perayu dengan mangsa sebagai suami isteri. - Gambar hiasan
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

K9 tidak dapat petunjuk kehilangan Zayn Rayyan sebelum jasad ditemukan
K9 dikatakan tidak mendapat sebarang petunjuk ekoran kawasan itu telah tercemar dengan kesan penduduk meredah kawasan berkenaan.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.

Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.

Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.

Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.