KUALA TERENGGANU: Lelaki yang disyaki menikam seorang wanita dengan menggunakan senjata tajam dipercayai gunting di kedai dobi layan diri di Kuala Nerus pada Sabtu lepas, berjaya diberkas polis semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata suspek yang juga seorang penganggur berusia 25 tahun itu ditahan di Kampung Mengabang Telipot, sekitar 3.30 petang semalam.
Katanya suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 akta sama.
"Melalui siasatan awal kedua-dua mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan mangsa yang berusia 31 tahun dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah serta berada dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi.
Dilapor pada Sabtu lepas seorang wanita ditikam di belakang badannya oleh seorang lelaki menggunakan senjata tajam dipercayai gunting, di dalam sebuah kedai dobi layan diri berhampiran Kem Batalion 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seberang Takir dekat Kuala Nerus.
Turut tular di media sosial, video rakaman kejadian tersebut melalui litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan yang memaparkan suspek meluru masuk lalu menikam mangsa sebelum melarikan diri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Sabtu lepas seorang wanita ditikam di belakang badannya oleh seorang lelaki menggunakan senjata tajam dipercayai gunting, di dalam sebuah kedai dobi layan diri di Kuala Nerus. - Gambar fail/Sinar Harian

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Lelaki tikam wanita bertubi-tubi selepas makan bersama diberkas
Seorang lelaki diberkas selepas menikam seorang wanita sehingga maut dalam kejadian berdekatan sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi dekat sini pada Isnin.

Lelaki tikam wanita di kedai dobi layan diri diberkas
Lelaki yang disyaki menikam seorang wanita dengan menggunakan senjata tajam di kedai dobi di Kuala Nerus Sabtu lepas, berjaya diberkas polis.