ALOR SETAR: Orang awam yang sedang berjoging di Persiaran Tanjung Chali terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki terapung di dalam Sungai Kedah, hari ini.
Kejadian itu disahkan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain.
Katanya, sebaik menerima laporan daripada orang awam pada jam 8.13 pagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dikejarkan ke lokasi.
"Sebaik tiba di lokasi, anggota berenang dan menggunakan tali untuk mengikat mayat sebelum menaikkan tubuh mangsa ke darat.
“Mayat mangsa lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditemui tanpa identiti,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohamadul Ehsan berkata, mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca kematian.
Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Adie Sufian Zulkefli
Sun May 22 2022

Mayat lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditemui tanpa identiti di Sungai Kedah pagi ini. - Foto JBPM Kedah

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Kanak-kanak autistik dilapor hilang, ditemui lemas di Sungai Kedah
Kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun yang dilapor hilang di Taman Tunku Tabor, semalam ditemui lemas di Sungai Kedah, hari ini.

Mayat lelaki ditemui terdampar di Sungai Kedah
Mayat terbabit ditemui kira-kira jam 9 pagi oleh polis yang membuat pemantauan di sekitar Sungai Kedah.

Mayat wanita berbaju belang ditemukan terapung dalam sungai
Mayat lengkap berpakaian itu ditemui orang awam pada jam 1.18 petang.

Lelaki warga emas ditemukan lemas di Sungai Kedah
Sebaik menerima laporan daripada orang awam pada jam 8.13 pagi sepasukan anggota dari BBP Jalan Raja dikejarkan ke lokasi.

Mayat remaja lemas cuba berakit guna polisterin ditemui
Mayat seorang remaja yang lemas di Sungai Kedah ditemui Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, pada Khamis.
Wanita dipercayai sakit jiwa ditemui lemas di Sg Kedah
Mayat seorang wanita ditemui terapung di Sungai Kedah di sini setelah dipercayai terjatuh ke sungai itu kira-kira pukul 11.45 pagi ini