GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga emas maut ditikam sebanyak 27 kali dengan menggunakan senjata pisau dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah apartment di Jalan Perak, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V.Saravanan berkata pihaknya menerima laporan pada 6.18 petang daripada penduduk di apartment itu yang memaklumkan seorang lelaki cedera parah ditikam.
"Polis terus ke lokasi kejadian sebelum mangsa yang berusia 60-an itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.
"Hasil pemeriksaan terdapat 27 kesan tikaman pada seluruh badan dan dipercayai ditikam dengan menggunakan pisau," katanya di sini malam ini.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian itu dipercayai melibatkan dua lelaki bermotosikal yang memasuki kawasan parkir apartment tersebut sebelum seorang daripada suspek itu bertindak menyerang mangsa dengan menikamnya bertubi-tubi.
Menurutnya semasa kejadian rakan suspek yang menunggang motosikal hanya berada di motosikalnya, dipercayai bersiap sedia untuk melarikan diri jika terdapat polis datang ketika rakannya menyerang mangsa.
Saravanan berkata polis telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi kejadian dan pondok pengawal, dan usaha mengesan dua suspek tersebut giat dijalankan.
"Punca kejadian masih dalam siasatan namun kita percaya ia bukan samun kerana barangan berharga termasuk duit milik mangsa yang merupakan peniaga kedai nasi ekonomi di pasar Jalan Perak, masih berada bersamanya," katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Seorang lelaki warga emas maut ditikam sebanyak 27 kali dengan menggunakan senjata pisau dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah apartment di Jalan Perak, hari ini. - Foto Sinar Harian
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
"Pakcu Hassan" berusia seabad bersyukur dapat rai Tahun Baharu Cina bersama cicit
Pakcu Hassan menyambut Tahun Baharu Cina kali ini dengan penuh kesyukuran kerana dikelilingi anak-anak, cucu, dan cicit.
Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan
Mangsa berusia 65 tahun telah didatangi suspek yang berpura-pura mahu membeli kalungan bunga jualannya.
Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.
Suspek ragut wanita warga emas diberkas
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas di Jalan Mutiara, Taman Mutiara, di sini pada 20 Jan lepas.
Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf
Polis menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
Warga emas didenda RM7,000 cabul kanak-kanak lelaki
Lelaki berusia 63 tahun itu didakwa mencabul kehormatan kanak-kanak di sebuah kedai makan di Setapak pada 5 petang, 17 April 2024.
Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).
Polis mohon bantuan kesan lelaki warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.