IPOH:Seorang warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah bangsal di satu kawasan berlalang di Ampang berhampiran Plaza Tol Ipoh Utara, di sini semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Muhamad Shahrizal Aris berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran yang mengorbankan lelaki berusia 71 tahun itu kira-kira pukul 5.47 petang.
"Kami segera mengarahkan seramai 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bagi kerja-kerja memadamkan kebakaran sebaik menerima panggilan.
"Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati bangsal seluas 10x20 kaki (3.05 meter X 6.1 meter) itu terbakar sebanyak 90 peratus manakala mangsa yang telah rentung ditemukan di bawah timbunan zink yang terbakar," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini semalam.
BACA: Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di kebun jambu
Beliau berkata api dapat dikawal dalam masa lima minit dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Katanya pasukan forensik masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata warga emas itu dikenali sebagai Lye Yoon Pheng, dan tempat kejadian merupakan kebun limau miliknya sendiri di tepi Sungai Pinji, Tambun.
Dalam pesanan ringkas menerusi Whatsapp kepada pihak media, beliau memberitahu soal siasat ke atas anak Lye mendapati warga emas itu ada membuat panggilan telefon kepada saudaranya dan memberitahu bahawa dia telah penat dan 'mahu jalan'.
Asmadi berkata mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021
Bomba mendapati bangsal seluas 10x20 kaki telah terbakar 90 peratus dan mangsa ditemui di bawah timbunan zink. - Foto JBPM Perak
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Seharian tak pulang, warga emas ditemui maut dihempap pokok ditebang
Mangsa berusia 67 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 1 tengah hari selepas didapati tidak pulang ke rumah.
Mayat warga emas ditemukan dalam paya
Mayat seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun ditemukan di dalam paya di sebuah kebun di Kampung Beta Hulu, Nilam Puri, Ketereh dekat sini, kira-kira 10 pagi tadi.
Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.
Orang Asli pilih pondok buluh, tidak tahan cuaca panas
Cuaca panas melampau menyebabkan sebahagian besar penduduk Orang asli di Kelantan, membina pondok buluh, sebagai tempat tinggal sementara.
Desaru Fruit Farm rugi RM600,000 akibat banjir
Destinasi agropelancongan terkenal Desaru Fruit Farm, di sini, mengalami kerugian kira-kira RM600,000 selepas 90 peratus daripada 35 hektar kebunnya ditenggelami air akibat banjir.
Tiga beranak menumpang tinggal di stor kebun
Tiga beranak di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah di sini terpaksa meneruskan kehidupan dengan menumpang di sebuah stor kebun sejak lebih sebulan lalu.
Bayi perempuan ditemukan dalam kotak dalam kebun
Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemukan dalam sebuah kotak berwarna coklat yang ditinggalkan di hadapan simpang masuk kebun Jemaluang di sini, pagi tadi.
Kebun-kebun Bangsar diselaras di bawah projek kebun kejiranan bandar LA21KL
Ia terletak antara Jalan Cenderai dan Lorong Bukit Pantai 4 untuk tujuan tapak semaian dan perkebunan.
Banjir: 1,500 pokok pisang yang baru berbuah ditenggelami air
Kebun seluas 0.809 hektar yang diusahakan sejak awal tahun lepas itu, dinaiki air sehingga paras lebih 2.5 meter.
'Yong Cimut' dipindahkan ke Santuari Gajah Sungai Deka, Terengganu
Seekor gajah betina yang diberi nama "Yong Cimut" dipindahkan ke Santuari Gajah Sungai Deka, Terengganu setelah ditangkap kerana merosakkan kawasan kebun Kampung Plang, pada 17 Ogos lepas.