KOTA BHARU: Seorang lelaki warga Thailand ditahan bersama 36,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM360,000, selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di tepi sebuah masjid di Lubok Gong Rantau dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, suspek yang membawa sebuah beg lut sinar cuba melarikan diri ketika dihampiri polis namun berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan.
"Pemeriksaan yang dilakukan mendapati beg lut sinar yang dibawa suspek berisi 36,000 biji pil kuda dengan anggaran nilai RM360,000
"Hasil soal siasat, suspek mengaku dadah itu miliknya yang diperoleh juga daripada seorang lelaki Thailand dengan nama panggilan "Abe" yang tinggal di Kampung Bukit Tambon Narathiwat,Thailand," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata suspek turut mengaku bahawa semalam adalah kali terakhir dia mendapat bekalan dadah daripada "Abe" sebelum ditahan.
Mohd Nasaruddin berkata kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
Suspek yang membawa sebuah beg lut sinar cuba melarikan diri ketika dihampiri polis namun berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan. - Gambar hiasan
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Mayat warga Thailand ditemui tersangkut celah batu
Identiti mangsa disahkan oleh adiknya yang tinggal bersama keluarga mereka di sebuah rumah yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa ditemui.
Lelaki warga Thailand ditahan miliki pil kuda bernilai RM360,000
Suspek yang membawa sebuah beg lut sinar cuba melarikan diri ketika dihampiri polis namun berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan.
Lelaki hilang ketika kutip siput ditemukan lemas
Mangsa, Chamlong Onthadi, 54, yang bekerja sebagai tukang kebun di sebuah hotel di pantai berkenaan ditemukan lebih kurang 1 batu nautika barat pantai oleh bot nelayan tempatan.