KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Yaman ditahan selepas disyaki terlibat mencabul dua remaja perempuan di sebuah kedai kompleks beli-belah di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, kejadian itu berlaku pada 1.30 petang, pada Khamis lalu.
"Mangsa masing-masing berusia 17 dan 18 tahun mendakwa telah dicabul ketika berada di dalam sebuah kedai kompleks membeli-belah itu.
"Suspek merupakan seorang lelaki warga Yaman berusia 20 tahun dan tidak bekerja telah ditahan selepas mangsa membuat aduan kepada polis bantuan.
"Pemeriksaan lanjut ke atas suspek juga mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Wan Azlan berkata, suspek direman selama 14 hari sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Afiezy Azaman
Sat Jul 08 2023

Seorang lelaki warga Yaman ditahan selepas disyaki terlibat mencabul dua remaja perempuan di sebuah kedai kompleks beli-belah di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis lalu. - Gambar hiasan

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.

Lelaki warga Yaman ditahan cabul dua remaja perempuan
Mangsa masing-masing berusia 17 dan 18 tahun mendakwa dicabul suspek yang berusia 20 tahun dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri.