BUKIT MERTAJAM:Setelah hampir tiga minggu menerima rawatan, mangsa yang terselamat akibat keracunan karbon monoksida ketika tertidur di dalam kereta di Butterworth, Pulau Pinang dibenarkan keluar dari hospital hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, dibenarkan keluar dari wad di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan selepas selesai menjalani pemeriksaan mata.
"Pemeriksaan doktor mendapati keadaan mata mangsa bertambah baik, namun masih perlu meneruskan rawatan susulan.
"Selain itu, Nor Aqilah juga tidak lagi memerlukan rawatan fisioterapi kerana dia sudah mampu berjalan seperti biasa," katanya di sini, hari ini.
BACA: Dua penuntut maut, dua kritikal terhidu karbon monoksida ketika tidur dalam kereta
BACA: Lemas karbon monoksida: Mangsa terselamat sudah sedar dari koma - Polis
BACA: Lemas karbon monoksida: Nor Aqilah, mangsa terselamat dijangka keluar wad minggu ini - Polis
Nor Aqilah adalah satu-satunya mangsa yang terselamat selepas dia bersama tiga lagi rakan termasuk kembarnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan di stesen minyak di Sama Gagah, Seberang Jaya, Butterworth.
Dalam kejadian 17 September lalu, tiga mangsa lain iaitu Syarifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri serta kembar Nor Aqilah iaitu Nor Adilah masing-masing berusia 21 tahun, meninggal dunia akibat terhidu karbon monoksida.
Mereka sebelum itu dikatakan berhenti rehat hingga tertidur di dalam kenderaan tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah.
Sharifah Fariesha maut di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie meninggal dunia dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Tidak lama kemudian, Nor Adilah dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.
Laporan bedah siasat ke atas tiga mangsa yang maut mendapati punca kematian mereka disebabkan terhidu karbon monoksida hingga menyebabkan kegagalan pelbagai organ berfungsi.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Oct 06 2020

Nor Aqilah (bertudung merah jambu) dibenarkan keluar wad selepas selesai menjalani pemeriksaan mata. -Gambar fail/ Bernama

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Lemas karbon monoksida: Mangsa terselamat dibenar keluar hospital
Nor Aqilah Mohd Safwan,21 dibenarkan keluar wad selepas selesai menjalani pemeriksaan mata.

Lemas karbon monoksida: Mangsa terselamat sudah sedar dari koma - Polis
Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21 dilaporkan sudah sedarkan diri dari koma malam ini.

Kes lemas tidur dalam kereta: Mangsa ketiga meninggal dunia
Nor Adilah Mohd Safwan, 21, meninggal dunia pada jam 4.23 petang ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera Lumut.