Polis memaklumkan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, mangsa keracunan karbon monoksida sewaktu tertidur di dalam sebuah kereta ketika berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth 17 September lepas berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata Nor Aqilah diletakkan dalam keadaan koma kerana sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.
"Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil, dan pihak polis dimaklumkan dia sekarang ini dikomakan kerana sedang menjalani rawatan daripada pasukan perubatan di sana,'' katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian pada 17 September lepas, tiga daripada empat pelajar kolej yang sedang menunggu hari konvokesyen mereka maut selepas terhidu gas karbon monoksida setelah tertidur di dalam kereta.
Tiga mangsa yang maut ialah Sharifah Farisha Syed Fathi, Ayuni Shazwani Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan, masing-masing berusia 21 tahun.
Nor Adilah yang merupakan kembar kepada Nor Aqilah pada awalnya terselamat namun meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.
Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 1.40 pagi itu, semua mereka ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang enjinnya tidak dimatikan di stesen minyak berkenaan.
Kesemua mangsa dipercayai singgah ke stesen minyak itu untuk berehat ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang sempena Hari Malaysia.
BACA: Kebocoran gas karbon monoksida boleh berlaku pada kenderaan baharu - NIOSH
BACA: Mangsa keracunan gas karbon monoksida dalam kereta masih kritikal - Polis
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Sep 24 2020

Shafee berkata Nor Aqilah diletakkan dalam keadaan koma kerana sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Lebih 300 'mat rempit' tunggang lawan arus atas lebuh raya lari daripada polis
Lebih 300 penunggang motosikal bertindak melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

Polis tembak mati dua penjenayah di Butterworth
Suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum polis terpaksa membalas tembakan ke arah kedua-dua suspek.

Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.

Ahli perniagaan hadapi tujuh pertuduhan tipu rakan RM580,000
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki melibatkan kerugian berjumlah RM580,000.

Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.

Pemandu BMW sebabkan kematian dua guru direman
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabkan dua guru meninggal dunia di Jalan Permatang Baru, Butterworth.

Polis jalankan siasatan lanjut kes buli pelajar sekolah
Siasatan awal polis mendapati kes buli yang berlaku di sebuah sekolah menengah membabitkan dua kejadian berasingan melibatkan dua mangsa iaitu pelajar lelaki tingkatan satu dan dua.

Dicekup duduk berdua-duaan, berpeluk dalam kereta
Pemeriksaan dibuat berikutan aduan dan rungutan pengunjung lain yang rimas dengan gelagat tidak bermoral yang dilakukan pasangan berkenaan.

Lelaki sorok senjata dalam kereta diberkas
Suspek ditahan di hadapan sebuah kedai makan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika memandu Toyota Vios.

Polis berkas dua pengedar dadah bersama 6.3 kg heroin
Polis menahan dua lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM86,390 dalam serbuan di Sungai Dua, Butterworth pada Jumaat.