BUKIT MERTAJAM:Polis memaklumkan mangsa yang terselamat akibat keracunan karbon monoksida ketika tertidur di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang akan dibenarkan keluar dari hospital minggu ini selepas dia menunjukkan perkembangan yang sangat positif.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata polis dimaklumkan bahawa Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, yang dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menjalani rawatan fisioterapi hari ini.
Dia kemudiannya akan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan di bahagian otaknya.
Ketika dihubungi pada Rabu, Shafee berkata perkembangan Nor Aqilah semakin positif dan dia tidak menunjukkan sebarang tanda kemurungan selepas dimaklumkan cerita sebenar dan juga kematian kakaknya.
Katanya, doktor turut memberitahu bahawa mangsa akan dibenarkan discaj dalam minggu ini memandangkan telah memberi respon yang positif.
Khamis minggu lalu, Nor Aqilah dilaporkan sedar dari koma selepas seminggu menjalani rawatan.
BACA: Lemas karbon monoksida: Mangsa terselamat sudah sedar dari koma - Polis
Dalam kejadian 17 September lalu, keempat-empat mangsa, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri serta dua beradik kembar Nor Adilah dan Nor Aqilah masing-masing berusia 21 tahun berhenti rehat hingga tertidur di tempat letak kereta stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.
Bagaimanapun, empat mangsa yang belajar di sebuah kolej kejurawatan di Batu Caves itu ditemui tidak sedarkan diri oleh salah seorang bapa mangsa di dalam kereta yang dinaiki mereka akibat terhidu karbon monoksida.
Sharifah Fariesha maut di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie meninggal dunia dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Tidak lama kemudian, Nor Adilah dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.
Manakala kembarnya, Nor Aqilah yang memandu kereta itu menjadi satu-satunya mangsa terselamat dalam insiden berkenaan.
BACA: Kes lemas tidur dalam kereta: Kematian tiga sahabat disebabkan kegagalan pelbagai organ - Polis
Laporan bedah siasat ke atas tiga mangsa yang maut mendapati punca kematian mereka disebabkan terhidu karbon monoksida hingga menyebabkan kegagalan pelbagai organ berfungsi.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Sep 30 2020

Shafee berkata perkembangan Nor Aqilah semakin positif dan dia tidak menunjukkan sebarang tanda kemurungan selepas dimaklumkan cerita sebenar dan juga kematian kakaknya. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Hati-hati dengan keracunan karbon monoksida ketika musim cuti
Malaysia tidak mempunyai angka rasmi tentang kes keracunan karbon monoksida walaupun ada beberapa kes dilaporkan selama ini.

Lemas karbon monoksida: Nor Aqilah, mangsa terselamat dijangka keluar wad minggu ini - Polis
Polis memaklumkan mangsa yang terselamat akibat keracunan karbon monoksida ketika tertidur di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang akan dibenarkan keluar dari hospital minggu ini

Kes lemas tidur dalam kereta: Kematian tiga sahabat disebabkan kegagalan pelbagai organ - Polis
Menurut polis, laporan bedah siasat mendapati pelbagai organ ketiga-tiga mangsa gagal berfungsi akibat keracunan karbon monoksida.