IPOH: Kadar bayaran tiket memasuki Galeri Rumah Lat yang menempatkan hasil seni Seniman Diraja Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, kini masih menunggu kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Muzium Negeri Perak yang akan bermesyuarat bulan ini.
Pengarah Lembaga Muzium Negeri Perak Mohamad Amir Mohd Dahalan berkata bagaimanapun, pihaknya memberi jaminan kadar bayaran yang bakal dikenakan berpatutan dan tidak membebankan pengunjung.
"Kita sudah pun memberi cadangan kadar bayaran masuk, namun ia hanya akan diputuskan oleh Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Muzium Negeri Perak dalam satu mesyuarat bulan ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata setakat ini, pengunjung masih boleh memasuki galeri yang dirasmikan 8 Julai lepas itu secara percuma sementara kadar bayaran tiket diputuskan dan diumumkan kelak.
Mohamad Amir berkata sejak dibuka, Galeri Rumah Lat telah menerima lebih 30,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri Perak.
"Kita juga menerima pengunjung dari Singapura dan Jepun yang turut memberikan sokongan yang mahu menikmati pemandangan Rumah Bumbung Lima atau Rumah Limas yang mengabadikan sejarah kehidupan Seniman Diraja Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat sepanjang bergelar kartunis," katanya.
Beliau berkata keputusan tidak mengenakan kadar bayaran masuk sebelum ini dibuat untuk memberi penghargaan kepada Lat termasuk meraikan peminat-peminat kartunis itu.
Lat sebelum ini pernah meluahkan harapan agar kadar tiket masuk ke galeri itu mampu milik dan tidak keterlaluan kerana pengunjungnya terdiri daripada masyarakat awam dan kanak-kanak.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan galeri itu di Jalan Bemban, dekat Batu Gajah.
Galeri yang dibina di atas tanah berkeluasan 0.0412 hektar itu menempatkan kesemua hasil karya seni yang dihasilkan Lat sepanjang tempoh kariernya sebagai kartunis sejak 1962.
Galeri itu beroperasi dari 10 pagi hingga 4 petang pada Selasa hingga Ahad, manakala Isnin ditutup.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Mohamad Amir berkata bagaimanapun, pihaknya memberi jaminan kadar bayaran yang bakal dikenakan berpatutan dan tidak membebankan pengunjung. - Foto fail/Astro AWANI
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
Lembaga Muzium Perak jamin harga tiket Galeri Rumah Lat berpatutan
Kadar bayaran tiket memasuki Galeri Rumah Lat kini masih menunggu kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Muzium Negeri Perak yang akan bermesyuarat bulan ini.
Galeri Rumah Lat: Harga tiket perlu munasabah elak jadi projek 'gajah putih'
Mohd Odzman berharap harga tiket yang akan mula dikenakan kepada pengunjung pada September munasabah serta tidak membebankan.
Galeri Rumah Lat: Masuk percuma hingga September, Lat harap tiket berpatutan
Ini kerana, katanya, pengunjung yang hadir melihat hasil seninya kebanyakannya orang awam terdiri daripada keluarga dan kanak-kanak.
Sultan Perak berkenan rasmi Galeri Rumah Lat
Galeri di Jalan Bemban, Batu Gajah itu menempatkan kesemua hasil karya seni yang dihasilkan Datuk Lat pada sepanjang tempoh kariernya sejak dari tahun 1962.