Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) telah dilantik dan akan diperkenalkan kepada khalayak umum minggu depan.
Beliau berkata senarai anggota lembaga pengarah yang baharu itu terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang kewangan dan penstrukturan semula korporat.
"Pada masa yang sama, kami juga melantik sekumpulan penasihat yang terdiri daripada mereka yang benar-benar terlibat dalam industri, mereka yang faham masalah-masalah industri dan akan dapat membantu kami menyelesaikan masalah-masalah semasa yang ada," katanya kepada pemberita pada pelancaran Festival Usahawan Malaysia di sini, hari ini.
Gobind berkata kumpulan penasihat itu juga akan memberi nasihat dalam soal pelantikan Ketua Pengarah Finas yang baharu.
"Adalah diharapkan minggu depan kami akan dapat mengadakan satu sidang akhbar di mana kami akan memperkenalkan kesemua mereka ini kepada khalayak umum," tambah beliau.
Finas kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan beberapa peruntukan yang diterimanya pada 2017.
Terdahulu ketika berucap, Gobind berkata kerajaan sedang menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), sebuah platform bagi PKS untuk memasarkan produk mereka ke luar negara.
Katanya setakat ini sebanyak kira-kira 3,300 PKS telah menyertai platform DFTZ sejak ia dilaksanakan tahun lepas.
Beliau berkata peniagaan dalam talian yang merentasi sempadan akan menjadi kelaziman dan PKS perlu segera mengambil kesempatan daripadanya untuk menjadi sebahagian daripada ekonomi digital.
Beliau juga menambah, ekonomi Internet Asia Tenggara dijangka berkembang daripada US$50 bilion kepada US$250 bilion (RM200 bilion kepada RM1 trilion) dalam tempoh tujuh tahun ke depan.
"Dalam zaman digital ini, 'connectivity' (penyambungan) adalah kuncinya...kementerian saya sedang giat berusaha untuk meningkatkan kelajuan jalur lebar dan mengurangkan harga perkhidmatan, untuk mewujudkan suasana dan infrastruktur kondusif untuk pembangunan dan pertumbuhan perniagaan dan ekonomi," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 15 2018

Gobind berkaa kumpulan penasihat itu juga akan memberi nasihat dalam soal pelantikan Ketua Pengarah Finas yang baharu. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.

Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang
ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Wan Azharuddin ganti Zaidy sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda
Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang baharu bermula Ahad.

Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa hari ini.

Sheikh Ahmad Nawaf Al-Sabah dilantik semula sebagai PM Kuwait
Pelantikan itu dibuat menerusi Dekri Diraja yang ditandatangani oleh Putera Mahkota Kuwait Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.

Nazir Razak dilantik pengerusi baharu PLS Plantations
Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak akan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 10 Februari, 2021.

Ahmad Maslan ganti Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung BN
Pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta susulan pemecatan Annuar hari ini.

Pengerusi Bank Rakyat akan dilantik dalam masa terdekat
Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Rakyat yang baharu akan dilantik dalam masa yang terdekat.

Lembaga Pengarah baharu Finas telah dilantik - Gobind
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) telah dilantik dan akan diperkenalkan kepada khalayak umum minggu depan.

Khalid angkat sumpah, umum exco 2 minggu lagi
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua.