GEORGE TOWN: Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuat keputusan untuk mengetepikan kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) bagi projek tambak laut bagi membentuk tiga buah pulau buatan di Perairan Selatan (PSR) di Pulau Pinang.
Keputusan yang dibuat hari ini sekali gus menyebabkan kelulusan EIA yang diperoleh pada 25 Jun 2019 terbatal dan tidak lagi sah.
Keputusan itu dibuat tiga anggota Lembaga Rayuan JAS iaitu Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayub; pakar alam sekitar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Mazlin Mokhtar dan Prof Madya Ramdzani Abdullah dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Peguam Meenakshi Raman, berkata notis rayuan berkenaan difailkan kepada Lembaga Rayuan JAS oleh Ketua Unit Nelayan Sungai Batu, Zakaria Ismail pada 29 Julai 2019 mengikut Seksyen 35 (1) (e) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (EQA 1974).
Beliau yang mewakili Zakaria sebagai perayu, menjelaskan pembatalan EIA itu bermaksud Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek berkenaan yang sedang ditunggu kelulusannya juga sudah tidak boleh diguna pakai.
"Jika kerajaan negeri dan pemaju mahu meneruskan projek berkenaan, permohonan EIA baharu perlu dikemukakan semula kepada JAS.
"Keputusan Lembaga Rayuan JAS adalah sangat penting kerana ia bukan sahaja penting untuk kes PSR tetapi semua kelulusan EIA oleh JAS," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: JAS nafi terima laporan EMP projek PSR
Pelaksanaan projek PSR seluas hampir 17 kilometer persegi membabitkan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas.
Projek itu dibina bagi membiayai pelbagai projek infrastruktur dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP) yang bernilai kira-kira RM46 bilion.
Bagaimanapun projek tersebut mendapat bantahan hebat penduduk khususnya golongan nelayan di kawasan terbabit.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Sep 08 2021

Bot nelayan memasuki muara sungai menuju ke Jeti Nelayan Permatang Damar Laut berhampiran dengan lokasi cadangan projek tambakan laut di PSR. - Gambar fail/ Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Projek tambak laut PSR: Pulau Pinang pertimbang mohon semakan kehakiman
Kerajaan negeri mengambil maklum keputusan Lembaga Rayuan tersebut yang dibuat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Lembaga Rayuan JAS batal kelulusan EIA projek tambak laut PSR di P. Pinang
Keputusan yang dibuat hari ini sekali gus menyebabkan kelulusan EIA yang diperoleh pada 25 Jun 2019 terbatal dan tidak lagi sah.