TEKNOLOGI skrin lutsinar bukan sesuatu yang baharu. Banyak sahaja kedai sudah menggunakan panel kaca yang turut boleh memaparkan iklan.
Tetapi teknologi skrin lutsinar dengan OLED agar ia boleh ditonton seperti televisyen, ia masih belum berleluasa.
Empat tahun lepas, Xiaomi hadir dengan sebuah televisyen, CES 2024 bulan lepas LG pula dan akan datang di MWC Barcelona 2024 – Lenovo dikatakan akan hadir dengan laptop skrin lutsinar.
Tiada butiran mengenai spesifikasi laptop ini selain dikatakan ia akan menjalankan sistem operasi Windows 11.
Skrin lutsinar yang digunakan adalah berasaskan OLED, menggunakan rekaan nirbingkai penuh dengan bingkai kecil untuk estetik.
Bahagian dagu agak lebar dan tebal untuk memuatkan komponen serta port sambungan.
Komputer riba ini menggunakan rekaan Yoga yang sedia terkenal.
Bahagian papan kekunci dilihat adalah skrin penuh, menggunakan kawalan sentuhan dan memuatkan semua komponen penting.
Ini bermakna, laptop skrin lutsinar Lenovo ini boleh ditanggalkan dan menjadi tablet.
Penggunaan dunia sebenar masih tidak jelas, ia mungkin untuk pekerja profesional yang terlibat dengan bidang rekaan serta grafik komputer.
Sama-sama kita nantikan. -Amanz
Amanz
Fri Feb 09 2024

Skrin lutsinar yang digunakan dikatakan adalah berasaskan OLED, menggunakan rekaan nirbingkai penuh dengan bingkai kecil untuk estetik. -Amanz
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).