Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia, satu permainan kad diperkenalkan dengan tujuan meraikan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat daripada pelbagai latar belakang.
Permainan yang diberi nama The Lepak Game ini unik kerana mengunakan bahasa slanga dan jenaka yang hanya difahami orang Malaysia.
Permainan ini mempunyai 600 kad dalam pelbagai bahasa. Selain bahasa Melayu, permainan ini juga menggunakan perkataan daripada bahasa Cina dan India yang sering dituturkan oleh rakyat tempatan. Antaranya ialah muka seposen, thangachi, bojio, abang sado dan kantoi.
Menurut pengasas The Lepak Game, Trixie Khor, tumpuan permainan ini ialah untuk mencetuskan perbualan antara pemain.
"Contohnya ada dua jenis kad iaitu satu kad kuning dan satu lagi kad biru. Kad kuning adalah kata adjektif seperti stylo dan kita ada kad biru seperti Abang Sado dan Thanggaci. Kad kuning adalah soalan dan kad biru pula adalah jawapannya," jelas Trixie.
Untuk bermain permainan ini, perlu ada seorang bos yang berperanan seperti hakim. Bos akan mengambil kad kuning dan pemain akan memilih kad biru yang sesuai dengan kad kuning.
"Selepas itu, bos akan memilih kad yang terbaik dan memenangi permainan itu," katanya ketika ditemui di Kafe The Morning After, di sini, hari ini.
Menurut usahawan Dev Prasad, permainan ini memerlukan antara empat hingga lapan pemain dan ia kini semakin menarik minat orang ramai.
"Hari ini kali pertama saya main dengan orang yang tidak pernah saya jumpa, namun sangat meriah dan mesra.
"Kami enam orang yang bermain permainan nampak sangat akrab dan bersatu sebagai warga Malaysia," kata Dev.
Bagi pelajar Universiti Malaya, Nurul Aznah Jamain, permainan ini turut memberi peluang khususnya kepada golongan muda untuk berkomunikasi sesama sendiri.
"Kad itu bukan sahaja mempunyai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, tetapi terdapat juga Bahasa Cina dan Bahasa India.
"Selain itu, kita semua bangsa boleh bermain dan rapatkan lagi hubungan di mana ia boleh buat kita lupa bermain telefon, berhenti bermain permainan Pokemon," kata Nurul Aznah.
The Lepak Game yang dilancarkan pada November tahun lalu boleh dibeli pada harga RM99.
Anthea Yap
Fri Sep 16 2016
!['The Lepak Game' jalin perpaduan pelbagai kaum 'The Lepak Game' jalin perpaduan pelbagai kaum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61474034941_TheLepakGame.jpg)
The Lepak Game yang dilancarkan pada November tahun lalu boleh dibeli pada harga RM99.
![NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729749867_TBtimbalanmenteri.jpg)
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738737077_WanAhmadDahlan.jpg)
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
![Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738736978_AnwarIbrahim.jpg)
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
![Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738735872_LiewChinTong.jpg)
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
![Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738735879_zaynrayyan.jpg)
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
![Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738735510_TBKEMALANGANREMBAU.jpg)
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
![Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718461852_AmeerAliMydin.jpg)
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
![Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732948984_TBMohdYusoffMamat.jpg)
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
!['The Lepak Game' jalin perpaduan pelbagai kaum 'The Lepak Game' jalin perpaduan pelbagai kaum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61474034941_TheLepakGame.jpg)
'The Lepak Game' jalin perpaduan pelbagai kaum
Permainan ini unik kerana mengunakan bahasa slanga dan jenaka yang hanya difahami orang Malaysia.