Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad, seramai 42 nelayan menjalani saringan air kencing dan 39 daripada mereka didapati positif dadah jenis morfin dan metaphetamine.
Turut ditahan 4 orang nelayan warganegara Thailand.

Mahmad Faizal berkata operasi itu bertujuan membasmi penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan di sekitar kawasan tersebut di samping mencegah pelakuan jenayah maritim lain.
Operasi bersama ini juga dilakukan bertepatan dengan Projek Rintis Agensi Anti dadah Kebangsaan dalam menangani masalah sosial tersebut.
Operasi turut melibatkan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) daerah Kota Setar serta Majlis Bandaraya Alor Setar.
Kesemua nelayan yang didapati positif dadah berusia antara 16 hingga 52 tahun telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut oleh pihak AADK.
Mahmad Faizal, berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap aktiviti yang melanggar undang-undang perairan negara.