PUTRAJAYA: Kegagalan pengeluar, pemborong dan peruncit mematuhi peraturan penjualan benih padi sah boleh menyebabkan lesen dibatalkan atau digantung, kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
KPKM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan kementerian melalui kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras berhak untuk membatalkan dan menggantung setiap lesen yang telah dikeluarkan sekiranya didapati gagal mematuhi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].
KPKM memandang serius isu-isu berbangkit mengenai harga dan bekalan benih padi sah di pasaran serta menegaskan bekalan benih padi sah hanya dikeluarkan oleh pengeluar benih padi sah yang dilantik oleh kerajaan.
"Ia mempunyai mekanisme kawalan ke atas pengeluaran dan pemasaran benih padi sah sepertimana yang telah termaktub di dalam Perintah Tetap Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Bilangan 1/2021: Kawalan Kerajaan Ke Atas Pengeluaran Dan Pemasaran Benih berkuatkuasa 11 November 2021," menurut kenyataan itu.
Oleh yang demikian, KPKM memaklumkan pengeluar atau pemborong hendaklah memastikan penjualan benih padi sah tidak melebihi daripada kuota yang telah diberikan dan harga yang dijual kepada peruncit tidak melebihi harga maksimum ditetapkan.
Harga maksimum yang ditetapkan ialah RM31 per kampit 20kg jualan benih di pintu kilang, manakala harga maksimum RM32 per kampit 20kg termasuk pengangkutan.
Sementara jualan benih padi sah pada peringkat runcit kepada pesawah hendaklah dijual tidak melebihi harga maksimum iaitu RM35 per kampit 20kg, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023

Kegagalan pengeluar, pemborong dan peruncit mematuhi peraturan penjualan benih padi sah boleh menyebabkan lesen dibatalkan atau digantung. - Gambar hiasan/BERNAMA

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem pengairan saliran pertanian seluruh negara
Sejumlah RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di seluruh negara di bawah KPKM tahun ini.

Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah
BRR menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual tidak melebihi RM5.

KPKM import lebih 600,000 biji kelapa, stabilkan bekalan domestik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengimport dan mengedarkan 661,761 biji kelapa yang bersamaan 661 tan metrik dengan nilai keseluruhan RM1.45 juta.

Enam bulan tempoh tambah baik sektor padi, beras secara menyeluruh - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan usaha penambahbaikan industri beras dan padi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

KPKM pastikan pindaan Akta 522 siap, dikuatkuasakan tahun ini
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memastikan pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522) dapat dipersiapkan dan seterusnya dikuatkuasakan pada tahun ini.

KPKM akan memuktamadkan penyasaran subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan industri padi, beras
KPKM kini dalam peringkat akhir perbincangan untuk memuktamadkan penyelesaian pemberian subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan dalam industri padi dan beras.

Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

KPKM nafi dakwaan harga belian padi diturunkan
KPKM menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Musim perayaan: KPKM jamin bekalan kelapa mencukupi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa di negara ini mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.

KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan import
KPKM telah diminta untuk mengkaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan beras putih import beserta simulasi harga, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.