Pemilik ladang kelapa sawit yang mempunyai tanah seluas 100 ekar (40 hektar) berdepan risiko lesen mereka dibatalkan sekiranya gagal mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MPSO) mulai tahun, kata Menteri Perindustrian Utama Teresa Kok.
Beliau berkata langkah itu bertujuan membuktikan kesungguhan kerajaan berhubung perlaksanaan persijilan MPSO.
"Setakat Oktober 2019, 328 kilang minyak sawit atau 72.6 peratus daripada keseluruhan 448 kilang minyak sawit telah memperoleh sijil MPSO," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB PIPOC) 2019 di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Kok berkata setakat Oktober 2019, 60 peratus daripada keseluruhan kawasan penanaman kelapa sawit telah memperoleh sijil MPSO.
"Kerajaan menyasarkan 70 peratus kawasan penanaman kepala sawit memperoleh sijil MPSO menjelang Februari 2020," katanya.
Mengenai usaha Malaysia supaya Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) campur tangan berhubung dasar diskriminatif Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak sawit, Kok menegaskan bahawa kertas kabinet mengenai isu itu telah diedarkan dalam kalangan menteri.
"Kami akan membentangkan dan membincangkan kertas itu pada mesyuarat kabinet bulan depan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata industri minyak sawit di Malaysia telah diarahkan untuk mematuhi tahap 3MCPDE (3-Monochloropropane-1, 2-diol ester) 2.5 ppm untuk produk makanan yang ditetapkan oleh EU menjelang 2021.
"Beberapa pusingan rundingan telah dilakukan bersama penggiat industri, dan kami kini dalam proses menguatkuasakan beberapa peraturan bagi memastikan pengeluaran minyak sawit memenuhi tahap keselamatan yang diterima untuk 3MCPDE," katanya.
Kok juga berkata pada awal tahun depan, kerajaan akan mencari dana khusus untuk inisiatif hijau, terutama bagi penanaman pokok dan pemuliharaan hidupan liar, dengan bayaran ces sebanyak RM1 akan dikumpulkan untuk tujuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 20 2019

Kerajaan menyasarkan 70 peratus kawasan penanaman kepala sawit memperoleh sijil MPSO menjelang Februari 2020. - Gambar hiasan
Sekatan Israel langgar undang-undang antarabangsa - Liga Arab
Parlimen Arab mengecam tindakan sekatan bantuan kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel dan menyifatkan ia sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Orang ramai serbu bazar, walaupun kenaikan harga
Hari pertama umat Islam menjalani ibadat puasa menyaksikan orang ramai berpusu-pusu mencari makanan dan juadah berbuka di Bazar Ramadhan Stadium Sultan Muhamad ke-IV

Lebih 35,000 kes penipuan dengan kerugian RM1.6 bilion direkodkan tahun lepas
Ramli berkata jumlah itu mewakili 84.5 peratus daripada 41,701 kes jenayah komersial dilaporkan pada tahun lepas.

Perkhidmatan funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun
Penyelenggaraan termasuk menukar 'bogie' bagi koc Mutiara dan pemeriksaan elektrik serta elektronik, di bawah pengawasan jurutera dari Switzerland.

Perancis, UK cadang gencatan senjata selama sebulan di Ukraine
Paris dan London mencadangkan gencatan senjata "separa" selama sebulan di Ukraine, meliputi serangan ke atas infrastruktur udara, laut dan tenaga.

Malaysia mohon longgar syarat bagi Timor-Leste jadi anggota penuh ASEAN
Berdasarkan peraturan sedia ada, terdapat 88 prasyarat ditetapkan yang perlu dipenuhi oleh Timor-Leste sebelum boleh menjadi ahli penuh rantau itu.

EU sekali lagi tingkatkan kebergantungan kepada baja Rusia - Eurostat
Sejak sekatan terhadap Rusia dikenakan, negara-negara EU telah mengurangkan import baja Rusia dengan ketara.

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: Siasat Ismail Sabri, bukan sebab politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ayam golek RM1 habis dalam masa sejam, peniaga alu-alukan infak orang ramai
Restoran Terubuk Bakar di Jalan Langgar mencipta fenomena apabila ayam bakar dijual pada harga RM1 habis dalam masa kurang dari sejam pada Ahad.

EU sekali lagi tingkatkan kebergantungan kepada baja Rusia - Eurostat
Sejak sekatan terhadap Rusia dikenakan, negara-negara EU telah mengurangkan import baja Rusia dengan ketara.

Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.

EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.

EU digesa larang semua urus niaga dengan penempatan haram Israel
Lebih 150 organisasi hak asasi manusia, kesatuan pekerja dan kumpulan masyarakat sivil menggesa EU untuk mengharamkan perdagangan dengan penempatan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki.

Suruhanjaya Eropah suarakan kebimbangan terhadap sekatan AS ke atas eksport cip AI
Sekatan ini dilihat tidak selaras dengan kepentingan ekonomi dan keselamatan AS.

Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
Peraturan baharu ini menetapkan penyambung USB-C yang digunakan oleh peranti berasaskan android sebagai piawaian di EU.

Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.

EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.

Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju
Della Valle kesal tindakan Israel menyerang pasukan UNIFIL tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU).

Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."