Lesen perkhidmatan Goldstar Express (M) Sdn Bhd, pengendali bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di Km137.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Kampung Jayor, Pagoh Johor pagi tadi, digantung serta-merta.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil sehingga siasatan lengkap atas sebab-sebab keselamatan penumpang dan membolehkan siasatan daripada agensi-agensi yang terlibat dilakukan.
"Siasatan sedang diketuai oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), manakala SPAD akan menyiasat pelanggaran syarat-syarat Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP)," katanya di sini, hari ini.
SPAD berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi terhadap sebarang pelanggaran amalan keselamatan dan tindakan keras di bawah peruntukan undang-undang akan dikenakan sekiranya pengendali bas gagal mematuhinya.
"Keselamatan penumpang merupakan keutamaan di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali SPAD, semua pengendali pengangkutan awam darat perlu mendukung standard tertinggi di dalam mengendalikan kenderaan mereka.
Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen pengendali dan permit pengendali yang didapati telah melanggar keperluan keselamatan yang wajib dipatuhi di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali," kata kenyataan itu.
Awal hari ini, bas berkenaan terjunam ke dalam curam setinggi 10 meter di Kampung Jayor, berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh menyebabkan 14 maut dan 16 cedera.
--BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2016

SPAD menggantung serta-merta lesen perkhidmatan Goldstar Express (M) Sdn Bhd, pengendali bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan pagi tadi. - Gambar fail

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Lesen pengendali bas ekspres terbabit nahas digantung serta merta - SPAD
Lesen perkhidmatan Goldstar Express (M) Sdn Bhd, pengendali bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan pagi tadi, digantung serta-merta.