PUTRAJAYA : Pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) di pusat bandar raya yang gagal mencapai tahap kebersihan sijil A bagi tandas tidak akan diperbaharui lesen perniagaan, mulai tahun depan.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, ia merupakan dasar baharu yang dipersetujui oleh kabinet.
"Premis F&B iaitu restoran, warung kopi, kedai mamak dan sebagainya wajib mendapatkan sijil A kebersihan tandas," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jalinan Muhibah sempena Tahun Baru Cina 2023 pada Jumaat.
Menurutnya, dasar itu turut akan diperluaskan ke 18,000 tandas awam di bawah majlis perbandaran dan daerah dalam tempoh tiga tahun.
"Kita mahu mereka pastikan tandas bersih dan wangi selaras dengan prinsip KPKT bertaraf BMW iaitu bersih, menawan dan wangi," jelasnya.
Ujar Kor Ming, satu libat urus akan diadakan bersama pengusaha, persatuan, penjaja F&B bagi tujuan itu.
"Kita tidak mahu lagi tandas yang berbau busuk atau kurang menyenangkan," ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 03 2023
Pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) di pusat bandar raya yang gagal mencapai tahap kebersihan sijil A bagi tandas tidak akan diperbaharui lesen perniagaan, mulai tahun depan, kata Nga Kor Ming. - Gambar fail BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Peranan Malaysia bangunkan semula Gaza
Ikuti ulasan Pengerusi MyCARE, Datuk Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha, mengenai peranan Malaysia untuk membangunkan semula Gaza dalam fasa gencatan senjata.
Wakil rakyat kena 'buta warna' - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan wakil rakyat supaya memberi perkhidmatan tanpa mengira fahaman politik.
Malaysia negara ASEAN pertama bakal bangunkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza
Projek ini melibatkan sinergi pelbagai pihak termasuk kerajaan, agensi negeri, badan wakaf, NGO, dan rakyat Malaysia.
Tiga PSS di Lahad Datu, lebih 330 penduduk terjejas
Lebih tiga ribu penduduk terjejas akibat banjir di Lahad Datu dan hari ini satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kolej Vokasional Lahad Datu.
Semua aset telah digerakkan ke kawasan terjejas di Sarawak
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, semua aset bantuan telah dgerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas di Sarawak.
[TERKINI] PM arah NADMA perkemas penyelarasan kekuatan jentera
Perdana Menteri sudah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri.
[TERKINI] 110 tahanan warga Palestin dijangka dibebaskan
Pihak berkuasa Israel dilaporkan akan membebaskan 110 tahanan termasuk 30 kanak-kanak sebagai sebahagian daripada pertukaran dalam perjanjian gencatan senjata Gaza yang dipersetujui dengan Hamas.
Sikap berwaspada penting dalam meningkatkan keselamatan komuniti - Lee Lam Thye
Orang ramai perlu sentiasa peka terhadap sebarang bahaya atau aktiviti mencurikan yang berlaku di sekitar mereka.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET negara, sekolah aliran itu tidak akan terkecuali daripada diberi perhatian oleh kerajaan.
Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy
Perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan.
Rakyat Malaysia sewa lesen perniagaan kepada pekerja asing boleh diambil tindakan undang-undang - Rafizi
Undang-undang anti-Ali Baba yang akan diperkenalkan tidak lama lagi membolehkan tindakan tegas diambil ke atas rakyat tempatan yang 'menyewa' lesen perniagaan kepada pekerja asing.
41 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan
Polis menahan 41 individu termasuk lima warga asing dalam dua operasi berasingan di pusat hiburan di sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.
1,604 individu terbabit aktiviti perjudian ditahan di Perak sejak Januari
Polis menahan 1,604 individu yang terbabit dalam aktiviti perjudian menerusi Ops Dadu Khas di negeri Perak sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.
Suara Rakyat: Kerap disaman, tolong mudahkan lesen peniagaan di Taman Medan - Peniaga
Para peniaga mengharapkan pembelaan agar kehidupan mereka dapat diteruskan dalam situasi ekonomi yang kian mendesak ketika ini.
PBT diminta pantau peniaga miliki lebih satu lesen perniagaan di Selangor
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diminta memantau peniaga yang mempunyai lebih daripada satu lesen perniagaan bagi mengelakkan isu 'Ali Baba', iaitu lesen yang diberi digunakan pihak lain.
Lesen tidak diperbaharui jika tandas gagal capai sijil A
Mulai 2024, lesen pengusaha industri F&B yang gagal capai tahap kebersihan sijil A bagi tandas tidak akan diperbaharui.
53 peratus lesen perniagaan di Labuan belum diperbaharui
Sekurang-kurangnya 53 peratus daripada lebih 12,000 lesen perniagaan di sini masih belum diperbaharu, menjelang tarikh akhir 31 Dis ini.
Anggota bomba didakwa minta, terima rasuah RM3,000
Perbuatan itu dilakukan sebagai dorongan untuk mendapatkan sokongan daripada pihak bomba bagi mendapatkan lesen perniagaan.
Peniaga, penjaja di KL digesa mohon lesen perniagaan sebelum 31 Dis
DBKL akan melaksanakan program pemutihan lesen perniagaan bermula 1 Januari tahun depan dan tiada sebarang kompromi selepas tempoh itu.
KPDNHEP ambil tindakan tegas pihak sewa lesen 'Ali Baba' - KSU
Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir warga tempatan itu hanya merugikan negara serta menutup 'periuk nasi' orang lain.