TATKALA Selangor meraikan kejayaan merekodkan kemenangan pertama dalam Liga Super musim ini, pesta kemenangan mereka di Stadium MBPJ pada Ahad terencat seketika gara-gara sekumpulan penyokong The Red Giants berkonfrontasi dengan kapten pasukan, Safuwan Baharudin.
Kejayaan menjinakkan Kedah Darul Aman 4-1 itu masih belum cukup meredakan semangat penyokong yang mengharapkan untuk menamatkan kemarau trofi sejak 2015 tetapi acap melepaskan lebih 30 gol dalam beberapa musim terakhir.
Difahamkan, Ultra Selangor kecewa dengan barisan terakhir kelab Lembah Klang itu yang dibolosi enam gol dalam tiga perlawanan liga, malah perkara ini turut menarik perhatian ketua jurulatih, Michael Feichtenbeiner, yang berharap 'pemain ke-12' memahami falsafahnya dalam usaha menerapkan permainan cantik.
"Kami mahu menikmati permainan, kami mahu menyerang jadi kami ambil sedikit risiko dalam soal bertahan.
"Saya tidak mahu terlalu bertahan dan mengharapkan serangan balas jadi kami mahu menyerang dan cipta peluang.
"Kalau ada pihak yang tidak senang dengan jumlah jaringan yang dibolosi, tidak mengapa itu pandangan anda," katanya pasca perlawanan.
Tambahnya, penyokong harus melihat kepada statistik perlawanan, lebih-lebih lagi barisan serangan mereka musim ini makin menyengat.
"Saya menikmati permainan kami. Kami sudah menjaringkan sembilan gol dalam tiga perlawanan dan enam gol lagi ke atas pencabar daripada Liga M3 dalam Piala FA.
"Kami banyak menyerang dan gol yang kami lepaskan juga melalui pasukan handalan.
"Secara peribadinya, corak permainan ini lebih seronok untuk disajikan penonton atau kami hanya meletakkan bas, namun ini bukan cara saya," katanya lagi.
Astro Arena
Mon Apr 11 2022

Susulan kejadian penyokong The Red Giants berkonfrontasi dengan kapten pasukan di Stadium MBPJ Ahad lalu, Michael Feichtenbeiner berharap mereka memahami falsafahnya dalam usaha menerapkan permainan cantik. - Foto Astro ARENA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Penang FC mahu manfaat masa 'rehat' sebulan perbaiki kesilapan
Wan Rohaimi berkata, pasukannya masih berada dalam kedudukan kritikal dan sudah mengharungi 20 perlawanan berbanding pasukan lain.

Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.

Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi
Meskipun tewas kepada BG Pathum United dalam kelayakan ke separuh akhir ACC minggu lepas namun TFC bangkit menewaskan pasukan tuan rumah.

Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.

JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).